29 May 2011

Surat Untuk Kawan



kawan
kita ditemukan kerana takdir. dalam berjuta-juta manusia di dunia, kamu yang aku jumpa. pelik kan? tapi itu tak mustahil kerana pertemuan itu dari Allah. kita tak pernah tahu dengan siapa kita akan ditemukan. hasilnya, kau dan aku menjadi kawan.

kawan
kau dan aku lalui satu pengalaman yang sama iaitu hidup di dunia ini. mungkin berbeza genre kisah di sebalik diri masing-masing. tapi itu tidak menghalang kepada sebuah persahabatan. kau dan aku mungkin berbeza. namun kita cuba untuk serasikan perbezaan ini. aku tahu. adakalanya perbezaan ini tidak dapat diperbaiki.

tapi
aku masih terkenang kamu wahai kawan. mungkin manisnya ukhuwah itu ada di situ biarpun tidak terlihat. ia tertanam di hati. pada aku, berkawan tidak mengenal sesiapa. tak kira rupa, saiz,warna kulit, fahaman juga personaliti.

kawan
dalam melalui episod kehidupan, kita akan mengenali ramai kawan baru. mungkin lebih baik dari kawan sebelumnya dan mungkin tidak. nasihat aku pada kamu wahai kawan, jangan dilupakan kawan kamu yang sebelumnya. mungkin tidak bertemu atas uruskan kerja/pelajaran, namun dengan adanya teknologi terkini ia dapat menyatukan kembali hati-hati yang terpisah.

kawan
aku doakan kamu berjaya dalam apa jua yang kamu ceburi. moga kehidupan akan bertambah baik dari sebelumnya. harapanku agar kamu gembira dan bahagia.

hanya ini yang mampu aku coretkan khas buat kamu wahai kawan. andai aku melakukan kesalahan dengan tidak menjadi kawan kamu yang baik, aku mohon maaf. maafkan juga segala ketelanjuran kata dan sikapku.. pesanku buat kamu wahai kawan, jangan lupakan aku yang pernah menjadi kawan kamu.

sekian.


tercatat pada 29 mei 2011
pada jam 11:10 pm



1 kesan jari:

Nur_!eda said...

kawan yang baik, sentiasa mendoakn kesejahteraan kawan2 di sekelilingnya...;-)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa