17 May 2011

Di Saat Aku Mencintaimu III

farish mencapai sehelai kertas.. sebatang pen. lalu dengan lajunya pen bergerak mengikut barisan demi barisan....


nisha sayang aku terlalu cintakan kamu. tapi apakan daya... aku tidak mampu untuk mengendong keduanya serentak. diri kamu dan keluarga ku. keluarga ku lebih memerlukan aku. keputusan yang aku ambil ini amat berat. puas ku fikir. puas ku renung. segalanya berat untuk aku. berat sekali melepaskan dikau yang telah lama bertapak di hati. aku sayangkan kamu. puteri hati yang telah berjaya mencuri hati aku. aku tahu kau kecewa aku tahu kau pasti menangis. maafkan aku sayang...


farish memasukkan surat ke dalam envelope dan menuju ke pejabat pos.. ah..! biarlah kali ini aku menggunakan teknologi lama. getus hati farish. telefon bimbit berdering.. nisha di talian. tetapi farish membiarkan saja.

telefon terus menerus mengalunkan irama... farish tetap membatu. ditekannya mode silent. puas! tiada lagi irama yang akan menghiasi suasana di kamar tidurnya.

setelah puas berkurung.. dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. berjalan-jalan di bandar..menikmati keriuhan warganya menjalani kehidupan harian. mengejar waktu dalam melunaskan kerja-kerja.



FARISHHHH........!!!



dia terdengar orang memanggil namanya dari arah belakang. dia menoleh... dia tergamam... buntu.



nisha: kenapa awak tak angkat panggilan saya?



farish diam seribu bahasa.



nisha: kenapa awak..kenapa? apa salah saya?



farish mengalihkan pandangan dan bergerak perlahan meninggalkan nisha. nisha mengejar dengan rasa tidak puas hati. lengan farish ditarik dari belakang. dia terhenti.



nisha: tolonglah... apa salah saya? awak seolah melarikan diri dari masalah.


farish: saya tak larikan diri nisha. saya memberi peluang pada diri awak untuk hidup bebas tanpa saya. saya tak dapat janjikan apa-apa. saya tak mahu awak terus menunggu jawapan yang tak pasti dari saya.. tu saja nisha. saya mohon agar awak faham.



nisha: saya mahukan awak.



farish: awak tahu..saya pun begitu. tapi saya perlu fikir masa depan awak. saya boleh cakap yang saya mahukan awak tunggu saya. tapi sampai bila..? saya nak awak kejar kebahagiaan awak. tapi ia bukannya dengan saya. mencintai seseorang tak bermakna kita perlu memilikinya....... nisha...masa depan awak bukan dengan saya..




farish terus pergi tinggalkan nisha yang berdiri di situ..

dia terus berdiri memerhatikan farish hingga kelibatnya hilang. memang benar apa yang dikatakan oleh farish walaupun dia menidakkan tindakan farish.

kasih yang lama terjalin putus di situ..




6 kesan jari:

Unknown said...

alamak yunk,
sedeynya....


huk huk huk

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

cik wanie ghani:

baru sambung utk buat ending..huhu.. thanks sudi baca wanie..

IMANSHAH said...

TAHNIAH YE NUR

Hafiz Yusof said...

agak sedih nampaknya

mamai said...

dah habis ker sambung la lagi

Niena Muhammad said...

maceh follow niena chegu :)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa