16 March 2011

Andai

ku daki puncak Si Tahan
mungkin aku bisa bertahan sepertinya.


cuti sekolah menjelma lagi
maka pulanglah saya ke kampung halaman

sudah beberapa hari tiba di sini
baru ini hari berkesempatan menulis sepatah dua kata


cuti tinggal 4 hari je lagi. baru hari ni dapat menghadap dan membuat kerja. kalau tidak, ada saja kerja lain yg dilakukan. risau! bakal diserang oleh pensyarah lagi minggu hadapan. ada sedikit improvement tapi diri terasa "kenapa tak boleh buat lagi baik dari itu?" tapi terhenti disebabkan tidak dapat mengenal pasti punca sebenar.

minggu sebelum cuti merupakan minggu yg amat mencabar diri ini. terasa tidak betah bertahan. menangis melepaskan geram. mungkin pada sesetengah orang, diri tidak normal. tapi pada diri ini, ada masanya dalam tempoh 12 minggu itu, wujudnya situasi yg tidak begitu selesa. tidak dapat mencari idea-idea terbaik untuk digunakan. itu normal bukan? pencarian idea tidak terhad. ada yg terhasil dari pembacaan. ada yg terhasil dari perbincangan. tapi entahlah. hendak meluahkan terasa seperti ada yang tersekat.

bertahan nur...
hanya tinggal 4 minggu sahaja..
carilah ruang untuk kamu berkarya



bertahanlah.



1 kesan jari:

hans said...

den sampai tak sedar kata minggu nih minggu cuti sekolah
punyalah sibuk
owh,insyaallah
masih ada ruang untuk bekarya

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa