21 February 2011

Blog yang terbiar

2 minggu sudah berlalu.

dah macam rancang pula kan? kali terakhir update blog 2 minggu sudah. masa cuti tahun baru cina. aish.. macam sibuk benar cikgu nur sekarang ni ye.

alasan sebenarnya.

masa tu ada. cuma tak terurus. rasanya cikgu nur perlu belajar time management. haa.. sebut pasal time management ni teringat kat kelas 4 D. aduh, tak terlaksana rancangan pengajaran sepenuhnya pada hari jumaat. deme tu masuk kelas dah pukul 7.40. dah burn 10 minit. sebabnya ada daily assembly. sementara nak bagi duduk diam-diam makan masa 3 minit. yang terlibat dengan pengawas dan ketua kelas tu lagi la. tak masuk kelas langsung. rugi kan? tapi takpe la. nak buat macam mana.

tajuk hari tu pasal clothing. then perkenalkan skit tentang parts of the body. nak recall yg diaorg dah belajar. bersemangat kita nak ajar. cuba la tanye...


where is your eyes?

ni teacher kat sini... == ditunjuknya telinga

show me your ears?

here..... <<> mata pulak yang ditunjuk


aduh... agaknya confuse dengan ejaan kot. terus je eja ikut bahasa melayu kan.. huhu.. kecewa rasanya. tapi nak salahkan pun tak boleh. background famili pun biasa-biasa ja. maklumlah sekolah kampung. jadi expectation pun tak boleh tinggi sangat.

lantas teringat kanak-kanak ribena masa di tempat keje lama dulu. apalah khabar mereka ye? dah darjah 6 tahun ni. rindunya..

ok.. nak cerita pula kehidupan di sini. alhamdulillah telah dapat menyesuaikan diri. slow and steady. rakan-rakan sejawat yang baik dan peramah. boleh bantu membantu.. rajin bersembang. kiranya tak la terasa kami ni baru di situ. tapi yang tak bestnya bila ada gosip mosip nih.. ada sorang cikgu lelaki ni sebaya dengan nur. kira dijadikan bahan kami digosipkan. padahal diaorg tu dah tau pun citer sebenarnya. nak juga gosipkan. saje je!

padahal kawan nur yg cantik menawan ni ada. tak pula di gosipnya... kadang tu malas nak sembang kat sekolah. takut di salah ertikan. sampaikan ada hari tu rasa lemas sangat. sengaja elak bila bertembung. takut mata yg memandang ni pandang lain pula..

sekolah kan pusat gosip.. tak gitu? tadi siap ada sesi jual menjual kain pasang. nasib baik ada kelas waktu tu. kalau tidak, pasti saya terjebak sama di situ. hehehe..!



1 kesan jari:

IMANSHAH said...

hurm, samalah nur..saya pun bz tahap gaban ni

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa