06 January 2011

Isu Emosi

isu rumah masih lagi tiada jawapan. puas mencari. kebanyakan berbangsa lain. kalau tiada jalan, itu pun boleh juga. teman serumah di tempat berkubang telah pun jumpa. cuma saya dan teman seperjuangan belum lagi ketemu. aduhai.. sukarnya!

mahu mengalah??



seakan...
ditambah pula bila nama supervisor diketahui.

ouch! sangat garang!

cuba berfikiran positif untuk meneruskan sisa-sisa perjalanan. hanya 6 purnama sahaja. selepas itu merdeka!!!

titisan airmata luruh di bulan pertama di tahun baru. ah! kata mahu kuat. apa ni??

positif... positif... positif...

menghadap kotak comel berinternet. merayau ke halaman demi halaman. pencarian masih lagi berjalan.

menunggu kotak comel memberikan jawapan..


ada sesiapa yang tahu di mana rumah sewa yang kosong di sekitar kampar? malim nawar? hubungi saya ya...

nota pendek si merah jambu:
oh!
rumah itu yang membawa maksud rumah yang selamat.
bukan di hadapan
tanah perkuburan ataupun dikelilingi "drug addicts".


10 kesan jari:

beautiful_rose said...

kampar?
perak ke?
ermm...nak tolong tapi mcm jauhlah.aku dok kat tgmalim.jadi tak bape nk tau kawasan kampar...

NuR si CiKGu RiBeNa said...

beautiful_rose:

a'ah.
perak..
kawasan cina.
bila malay nak sewa, mcm ada jurang.
cuma ada sorang saja owner yg ok
tapi dia tak bagi confirmation lagi
sbb ada orang booking.

piNky LuCiA said...

insyAllah akan bertemu dengan tuan rumah yang baik nanti. =)

IMANSHAH said...

Salam

Maaf Nur tak dapat tolong hari tu...sorry ye

E.d.Y said...

practical ek?

ummumishkah said...

Go Nur..
Nur boleh!

NuR si CiKGu RiBeNa said...

pinky lucia:

moga-moga dipermudahkan..
amiiinn

NuR si CiKGu RiBeNa said...

imanshah:

takpe cikgu.
=)

NuR si CiKGu RiBeNa said...

e.d.y:

a'ah
3 bulan je..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

ummumishkah:

thanks kak..
hehe....
tersenyum saya baca comment akak

go akak go!

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa