31 December 2010

Cahaya 2010 Sinar 2011

2010 bakal melabuhkan tirainya..
ini juga bermakna ini entri akhir untuk tahun ini

tiada naskhah panjang
hanya yang mampu dikatakan ialah
rasa syukur tak terhingga pada Allah
alhamdulillah azam tahun 2010 kebanyakannya termakbul
dapat direalisasikan cita-cita dan impian

jika dibandingkan dengan 2009
tahun penuh ujian dan cabaran
mengajar diri bertapak dalam dunia realiti

semoga dengan kedatangan tahun 2011
bakal membawa sinar kepada diri
dikurniakan kesihatan yang baik
dan dipermudahkan segala urusan...

saya harap anda juga begitu
hidup diberkati dan dirahmati Illahi
selamat tahun baru 2011





4 kesan jari:

ummumishkah said...

Moga 2011 menjanjikan buat nur!

ummumishkah said...

yang terbaik sis...

IMANSHAH said...

Salam

Buka Hati ada damai
Buka mata ada terang
Buka kasih ada sayang
Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.

ikhlas :

Sahabat mayamu,
Imanshah

ummu said...

assalamualaikum Nur
begitu pantas masa berlalu
hinggakan pepatah Arab ada menyatakan
Al waktu kas saif
waktu itu ibarat pedang
moga allah memimpin kita
dan sentiasa bersama kita
sehingga ke akhir hayat kita

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa