20 November 2010

Dia ingin kita lebih cantik

Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata utk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju pada sebuah cawan yang cantik.


"Lihat cawan itu," kata si nenek pd suaminya. "Hmm..inilah cawan tercantik yg pernah aku lihat," balas si datuk.


Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan itu berkata-kata: "Terima kasih utk perhatian kalian. Perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dgn tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar.


"Kemudian dia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Tetapi org itu berkata,belum! lalu dia mulai menyodok dan menumbukku berulang-ulang. Berhenti!Berhenti! Teriakku lagi. Tapi org itu terus saja menumbukku tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam ketuhar. Panas!Panas! Teriakku dgn kuat.


"Berhenti!Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata,belum! Akhirnya dia mengeluarkan aku dari ketuhar itu dan membiarkan sehingga aku sejuk. Aku berfikir telah selesailah penderitaanku. Tetapi ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dia mula mewarnai aku. Bau warna yang digunakannya begitu memualkan. Berhenti!Berhenti! Aku berteriak.


"Wanita itu berkata, belum! Lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku ke dalam ketuhar yang lebih panas dari sebelumnya! Tolong! Hentikan penyeksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi lelaki itu tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. Setelah puas 'menyeksaku', aku dibiarkan sejuk.


"Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkanku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya kerana di dalam cermin di hadapanku adalah sebuah cawan yang begitu cantik.

"Semua kesakitan dan penderitaan yang ku lalui menjadi sirna tatkala kulihat diriku.



NOTA:


Begitulah ALLAH membentuk kita. Pada saat ALLAH membentuk kita, tidaklah menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak airmata.


Tetapi inilah satu-satunya cara bagi-Nya untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaan-Nya.


"Anggaplah sebagai satu kebahagiaan apabila kita jatuh ke dalam pelbagai cubaan, kerana anda tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan kekuatan. Dan kekuatan itu menjadikan kita matang,sempurna dan tetap utuh.


Apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan berkecil hati dengan ALLAH, kerana Dia sedang membentuk anda. Pembentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, anda akan melihat betapa cantiknya ALLAH membentuk anda.



nota pendek si merah jambu:
dicedok dari nurul diana binti jusoh (fb)

7 kesan jari:

Anonymous said...

alhamdulilah..
thanx sgt2!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

>> lelaki ini:
sesama.. just sharing ;)

IMANSHAH said...

lama cik nur kita tak hupdate blog

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

>> imanshah:
hehe..
dah cuti skolah ni rajin skit la kot..

white rose said...

wah,wah,wah...

hebat sungguhidae si penulis nih...

memang menyentuh jiwa...

Sirah@Cyrah said...

menarik sangat dayah..thanks a lot!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

>> white rose:
tula..
imaginasi yg tinggi kan..


>> sirah:
u're welcome
sharing is caring.
hehe

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa