01 September 2010

Sama Saja, Serupa Kamu

teman lama sms...

dia: awak rasa saya ni macam mana orangnya?

aku: maksud?

dia: dari segi personaliti, cara berfikir, percakapan.. dari masa sekolah dulu sampaila sekarang.

aku: nampak matang. terserlah dari dulu.

dia: awak rasa saya ni kurang keyakinan diri tak?

aku: kenapa? soal komitmen?

dia: bukan sebab itu perkara utamanya. rasanya saya ada inferiority.

aku: semua orang ada. cuma terserlah atau tak saja. jangan la sampai mengaburi diri awak sendiri.

dia: saya boleh kawal tapi kadang tu indirectly mempengaruhi perilaku dan keputusan.

aku: memang. keputusan yang diambil dipengaruhi oleh pelbagai aspek. itu memang lumrah.

dia: saya rasa belum merdeka.

aku: merdeka? haa..kena nyanyi lagu merdeka ni..

dia: awak ni..

aku: ok.. macam ni la. awak kena yakin juga dengan diri sendiri. secara sedar ataupun tak, kadang kala awak mampu harungi semua. masa akan jadi faktor penting dalam setiap apa yang kita lakukan. sementelah lagi, Dia yang di atas sana yang mengatur apa yang terbaik untuk diri kita.

dia: masa jadi penentu. dapat tak semua yang difikir, dipendam dan ditanggung dilerai dengan indah dan sempurna.

aku: amboi. ayat lirik ke apa ni..

dia: mana ada. spontan.

aku: haha. kelakar tul.

pandai saja aku nasihatkan dia sedangkan diri sendiri pun ada juga ciri2 yang disebutkan. mudah kan untuk menasihati orang lain dari menasihati diri sendiri untuk lebih bertahan dengan apa yang ditempuh.

nur..
stop be a counselor.
give advice to yourself first.


5 kesan jari:

Sirah@Cyrah said...

(^_^) sama juga dengan kamu...hehehe

Beruwang said...

nama nya cik gu mesti lah selalu bagi nasihat pada orang

GRuNGe said...

Nur rasa, Bro ni macam mana pulak? :P

white rose said...

nur, dyla pun mcm tu jugak...
lebih kurang je kita ni...
org mintak nasihat kta bagi...
kena sedar diri kita pun sbenarnya mcm 2 jugak kan...

hans said...

tapi kadang2 orang suka minta pendapat dari kita yang kadang2 pun lebih kurang mereka
perasan x?
den selalu jadi macam tu

P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa