03 September 2010

Berubah


berada di atmosfera baru
bukan bermakna engkau menjadi baru
berubah dari segala sudut
melupakan dan melepaskan
apa yang kamu ada sebelumnya

jika itu jalan kebaikan
pasti dirimu merasa kebahagiaan
jika ia jalan keburukan
pasti bahana menjelang

jangan pernah berubah
jika itu bukan yang kamu mahu
berubah dengan sendiri
bukan kerna desakan sekeliling

berubahlah bila perlu...


tercatat pada 3 september 2010
pada jam 6:45 pm


5 kesan jari:

Anonymous said...

jangan tidak berubah..
kerana zaman kian berubah..
namun berubahlah kerana diri sendiri..
yang mengejar pelangi di langit biru..
kerna kelak pasti kau kan tinggalkan jejak..
pada anak-anak didikmu.. insya-ALLAH!



~insan misteri~

white rose said...

nur, penah dengar lagu tajuk "BERUBAHKAH AKU" kumpulan edcoustik? best jugak lagu tu...

beautiful_rose said...

hai nur lama menyepi,apa khbar?
sihat harapnya...
selama hari raya.

sory komen di luar tajuk.

NuR said...

insan misteri:
misteri sungguh anda.. =)
terima kasih atas nasihat
singgah lagi lepas ni ye..



white rose:
aa..penah dgr
best kan lagu tu...



beautiful_rose:
hai..tula.lama tak update
ni sedang gigih update ape yg patut..
selamat hari raya..

=)

hans said...

lagu rupanya

P/S : Jom Makan 'SAQ'

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa