20 July 2010

A New Life

menjengah ke teratak di malam hari

hari yg mendung dan hujan agak lebat. tapi kelas olahraga tetap diadakan di gym. utk permulaan ni, aku suka kelas ni. agak santai dan bila buat salah pun lecturer tunjuk cara yg betul. baru petang tadi, aku tahu cara berjogging yg betul. patutlah selama ni, rasa sakit kaki bila jogging. sekaligus rasa lemah bila dgr perkataan jogging.

mengimbau minggu pertama di sini.
program orientasi.. sgt2 meletihkan. berkejar ke sana sini. dgn kawasan berbukitnya. cukupla utk buat aku berjalan serupa penguin dara. ;)

bercakap tentang sesi perkenalan.. baru tahu ada junior masa di sekolah menengah dulu. betapa keciknya dunia. boleh kata 70% adalah dari utara. tak kira bangsa apa, yg penting 1 Malaysia. bercakap loghat utara pekat. haha.. secara tidak langsung kami dilabel kelas yg out-spoken. bising je kejenya. gelak kuat2....

oh ya. tadi ada first test utk subjek yg aku tak suka.. hasilnya seperti yg ku jangka. adeh la.. ramai juga yg kantoi. huhu.. sedih bila takde basic dlm subjek ni. tetiba nanti nak mengajar budak. satu lagi perkara, paling tak diduga. kena SEMBELIH ayam! mcm mana ek...??


3 kesan jari:

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa