15 May 2010

"Tak Pandai Minum Air Tu"..

khamis lepas...

melangkah ke muka pintu 5E.

ubaid: teacher..nak gi tandas

nur: nape? kan teacher kata tak boleh keluar kelas.

ubaid: nak basuh muka ja.

nur: basuh muka dekat paip situ je.

dia melangkah longlai. selepas beri salam dan bacaan doa, amjad mengadu...

amjad: teacher.. tadi kan ubaid kena marah dgn ustaz

nur: mesti ada sebab

amjad: dia kan....

terhenti bila ubaid masuk ke dalam kelas dan menonong je ke tempat duduk.

farhan: teacher tau dak..

amjad: ish.. aku takut ubaid marah cerita kat teacher.

nur: takpe. biar teacher tanya dia. ubaid.. mai sini sat

ubaid: awat teacher.. sambil menggenyeh mata..

nmpk merah. jelas nmpk dia menangis tadi. pelik juga. dia susah nak menangis. hero kelas. masakan semudah tu je mengalirkan airmata.

nur: kenapa kamu ni? menangis ya.. saja menebak soalan begitu.. dah terang lagi bersuluh dia menangis.

ubaid diam.. berlinang airmata.. nur pegang bahunya.. teresak pula.. sudah!

nur: apa yg jadi?

ubaid: tadi kan.. saya minta kebenaran kat ustaz I nak minum ayaq. tapi ustaz tak bagi. ustaz I kata budak sekolah lain pun tak minum masa kelas. lepas tu ustaz baling botol ayaq saya.. ustaz kata kalau saya minum ayaq tu nanti saya tak pandai.. saya buang la botol tu kat tong sampah. teresak-esak masa cerita sambil menggenyeh mata..

nur: takpa. nanti kamu beli lain ye.

ubaid: duit dah abis. saya sedih teacher.

nur tepuk2 bahunya..

nur: takpa. nanti teacher bagi duit seringgit. kamu beli air mineral. ustaz ada sebab tu marah. takpala. maafkan dia ye. dah gi duduk..

naqib: aku ada ayaq. hang nak minum skit dak?

nur: bagusnya naqib. mcm ni la hero teacher..

naqib yg sememangnya mat sengih bertambah sengih. agak2 kalo puji lagi mahunya lebar ke telinga senyumnya tu. dia bukan sedih kerana dimarahi. tapi dia sedih bila mendengar ayat itu "ustaz kata kalau saya minum ayaq tu nanti saya tak pandai.." nyatanya ayat sebegitu mampu runtuhkan ego kanak2 ribena ni.

sememangnya kelas yg satu ni menguji guru2 yg mengajar. pelbagai kerenah. mungkin juga ustaz tu menahan marah dgn sikap kanak2 ribena ni. mungkin juga dia buat perangai sebelum tu. entahlah!

nur gelar kelas ni sebagai kelas 5 EKONOMI. taktau la nape nur gelar mcmtu. hehe...



3 kesan jari:

najihah said...

salaamt hari guru cikgu :)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

tukang kata:

terima kasih :)

CITY® said...

salam nur,
apa khabar dik
semoga bahagia walau dimana sahaja
disini akak nak ucapkan selamat menyambut hari guru buatmu
teruslah menjadi pendidik yg disayangi dan dihormati anak bangsa...

jaga diri
selalu tersenyum
xoxo

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa