07 December 2009

BELAJAR UBATI KEKECEWAAN

nur terbaca artikel ni.
rasa nak kongsi dengan pembaca semua...


Panduan membuang rasa kecewa:
  • Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Illahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.

Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan redha kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

  • Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Biarkanlah ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

  • Berfikiran positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.

Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

  • Luahkannya
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).

Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Jika anda mengadu, sedikit sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda perolehi daripada mereka.

  • Beri tumpuan pada hidup
Teruskanlah berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.


nota pendek si merah jambu:
bila cikgu ribena post entry motivasi..hehehe!
ingatan untuk diri sendiri juga...



24 kesan jari:

mamai said...

bila masa update blog nie cepat sungguh hahahaha

Hisham said...

salam cikgu..sy rase kalo dh kecewa...ckpla ape je kt org yg kecewa tu..sumenya x berbalaoi..leh caye ke ckp sy ni

anaklaut said...

salam...


dia tak luahkan pendam saja.

maiyah said...

setuju.. harus yakin n fokus..

ari nih tgh fokus nak makan ikan panggang ngeh2 :D

sI tEDI said...

pendam rasa kecewa? ehMmmm... selalu buat!! :)

miSs s!v said...

tenkiu akak!










nak jumpe!!!

Nakamura Kazuki said...

Cikgu Nur..terima kasih ye

GhOsToNe said...

baru pasan yg umo 26..

sowie2..sy pggil akak ek..

thnx cz akak bg nasihat nk buang kekecewaan nieyh...

cz mmg lam idup nieyh..

pastin yew kite akn rase gaks ape ithu kecewa!

thanx again!!!!

ustazah dyLLa said...

SALAM NUR...
alhamdulillah,bgus laa mcmni...ingtkan kawan2, ingatkan diri kat juga...

en_me said...

frustt kannns.. ehehe, salamm akak nur tewww

Fatt Chin Choy said...

dr pengalaman ke ni cikgu? keke

NuR said...

[.: mamai :.]

bro..
jgn terpedaya ye.
tgk time tu bebetul.
that time kan jumpa bro..
autopublished namanya ni.. hikhik!

NuR said...

[.: hisham :.]

hehe..
yeke?
takpe nanti hisham kecewa
cikgu ribena akan bebel..
boleh?
then baru tau teori tu leh pakai ke tak..
hikhik..

NuR said...

[.: anaklaut :.]

dia?
emm.. perlu pujuk utk luahkan.
jgn dipendam nanti jadi pekasam..
hehe..
semoga berjaya!

NuR said...

[.: maiyah :.]

wah..
sedapnya fokus mkn ikan panggang.
tak leh fokus nur nak bls comment ni.
hehe

NuR said...

[.: si tedi :.]

cik tedi..
jgn dibuat selalu ye?
tapi nur pun selalu buat juga..
hikhik..

NuR said...

[.: miss siv :.]

aa...sok jumpa
insyaAllah..
hehe

NuR said...

[.: nakamura kazuki :.]

jiran sblh skolah..
sesama..

selalu pendam ye?

NuR said...

[.: ghostone :.]

haha..
baru perasan ke?
terus terasa tua lak tetiba..
hikhik!

yup.. tipu la kalo ada org kata selama hidup tak penah rasa kecewa..
kan??

NuR said...

[.: ustazah dyLLa :.]

salam ustazah..
sebenarnya nak bagi diri sendiri baca dan igt..
huhuhu

NuR said...

[.: en_me :.]

salam adik en_me tewww..
hehehe

NuR said...

[.: fatt chin choy :.]

aa...
emm.
boleh la dikira pengalaman gak..
hehehehe..

selamat singgah sini ah fatt

GhOsToNe said...

x pe kak..

lebey baek rase tue..

hehehe...

dr perasan muda...kuikui...

NuR said...

[.: ghostone :.]

ahh..tidaaaakk!
hehe..
okla..
kena rasa tua..
huhu..
sedih ni..

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa