23 November 2009

SEBUAH CERITA

sebuah cerita lama
bukan purba kala
di masa kurung serta kebaya
dan baju melayu juga
menjadi pakaian hari biasa

kampung setia bakal mengadakan majlis keramaian besar-besaran. rumah terbuka lagaknya. ketua kampung menjemput semua penduduk di kampung tersebut juga kampung sebelah, tepi, belakang juga depan untuk hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

di saat sedang bergotong royong membuat persiapan, seorang mak dara juga dua org gadis sedang bersimpuh di bawah pohon manggis di tepi bangku mengupas bawang. bawang setimbun, laju dikupas oleh mereka bertiga. lumrah bila berkumpul maka rancak cerita yg dibualkan.


kak seri: melur, kamu nak tahu satu cerita?

kenanga: pada melur saja ke kak? saya?

kak seri: aduh... sekali la.

melur: cerita apa?

kak seri: kamu nampak di sana? *sambil menunjuk pada seorang gadis yg sedang menampi beras*

melur: oo.. itu kan mawar. sepupu kami.

kenanga: kenapa dengan mawar kak?

kak seri: itu hari ada seorang jejaka dari kampung belakang, datang ke rumah kakak. nak saja aku kenalkan dengan mawar. usia pun sudah matang.. jadi aku fikir mawar calon yg terbaik buat jejaka tu.

melur: tak dengar pula kami tentang cerita tu.

kenanga: ya. aku pun.

kak seri: itu la. aku baru khabarkan pada dia. dia tak angguk mahupun geleng kepala. kamu rasa bagaimana? jejaka itu mahu datang esok.

melur: aku setuju.

kak seri: mawar bagaimana agaknya ya?

kenanga: kita kenalkan dulu. apapun yg bakal berlaku itu difikirkan kemudian.

melur: siapa jejaka tu..?

kak seri: kawan kepada suami ku. orangnya baik, berpelajaran. belajar hingga kampung seberang. silat apatah lagi. tapi sayang seolah memilih.

kenanga: itu la. memilih lagi. padan muka dia masih bujang hingga kini.

melur: eh..kenapa kau cakap macam tu.. tak elok.

kak seri: dulu pernah dia dikenalkan dengan seorang gadis oleh kawannya. tapi sayang belum sempat jumpa jejaka ini menolak.

melur: apa alasannya?

kak seri: suami ku kata sebelum dipertemukan, jejaka ini pergi dulu melihat gadis ini di kawasan rumahnya. mengintai kot. aku tak pasti. yg pastinya dia pergi untuk melihat rupa gadis itu.

kenanga: buruk perangai. belum apa-apa sudah mau mengintai anak gadis orang.

kak seri: dengar dulu.. gadis itu cantik. kulit halus mulus, putih melepak. tapi badannya gempal.

melur: sudah pasti jejaka itu tak mahu.

kak seri: ya. hanya sebab itu.

kenanga: ah... hanya memandang luaran tanpa menilai dahulu baik buruk perangainya.

kak seri: aku ada bercerita tentang ini pada mawar.

melur: kak seri. kenapa harus diceritakan?

kak seri: aku fikir itu antara faktor yg bagus.

kenanga: patutnya tanya pada kami. ish..

melur: tak mengapa. kita tunggu sahaja apa yg akan terjadi besok.

kenanga: jika hal yg sama terjadi?

melur: mawar itu tidak gempal. takkan jejaka itu mahu menolaknya.

kak seri: betul tu.

kenanga: kalau mawar menolaknya?

kak seri: kamu fikir yg bukan-bukan saja.

melur: kalau mawar menolak, pasti jejaka itu jatuh tersungkur di atas tanah..

mereka ketawa.... riuh rendah jadinya.

keesokan hari...

kak seri: mawar, ada surat buat kamu.

mawar: dari siapa kak?

kak seri: dari dia...

mawar: oh..

mawar membaca surat itu..

mawar, aku datang ini hari.
aku juga sudah lihat kamu.
pastinya kamu tahu hajatku bukan?

pecah kaca pecah gelas
lepas baca harap balas

mawar membalasnya..

terima kasih datang ke kampungku.
tapi siapa gerangan kamu?
kenapa hanya berutus surat
kenapa malu untuk bertegur sapa?

lalu diberikan kepada kak seri untuk disampaikan pada jejaka tersebut. sepantasnya kak seri datang membawa utusan.

mawar baca lagi..

aku malu untuk berhadapan dengan kamu
bimbang kamu menolakku

mawar menggelengkan kepalanya...dan membalas

kenapa harus malu?
bukankah dulu kamu berbuat sedemikian pada seorang gadis..
kamu menolak gadis tersebut atas dasar luarannya?
kenapa kamu tidak yakin...
jika kamu bersungguh, berdepan dengan ku.
aku tidak suka lelaki yg hanya bijak menilai tapi kosong ilmunya.
jika kau mencari kesempurnaan sepenuhnya, maaf ia bukan denganku.
kita hanya manusia, tidak sesempurna mana.
itu kau harus mengerti...


diberikan surat itu pada kak seri untuk disampaikan kepada jejaka tersebut. jejaka itu menekup muka sebaik menerimanya. dan... mawar pula tidak lagi berada di hadapan matanya...


notakakidantangan:
sebuah cerita yang boleh terjadi pada siapa saja
ditambah perisa, diubah watak juga situasi.



20 kesan jari:

hisham said...

salam...sian kt jejake tu kan2...tp tu la silap jejake tu gak...hehe..sy pn x suke gemuk sgt...below 70kg ok la...jgnla smp 100 kg...patah katil...

hisham said...

nur...nnti amik pic tu kt photograper k...pastu post wat en3...kal oxde...sy bakar blog nur ni...ini ugutan ni....hahahha

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: hisham sheikh :.]

salam..

haha..tergelak nur baca komen sham ni. jgn la bakar. nanti tak leh dah nak intai blog sham..hikhik! insyaAllah.. kena tunggu masa buka skolah..

Anonymous said...

hahahaha..part tolak sampai tersungkur tu debo jugala..hahaha...apapun besh citer ni

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: nakamura kazuki :.]

apa khbr jiran sblh skolah?
debo?
hehe..
penuh penghayatan kamu baca ni ye..

terima kasih sudi baca

anaklaut said...

salam...

penulisan nur semenjak dua tiga menajk ni..semakin hebat dan menarik..:)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: anaklaut :.]

salam..

terima kasih
biasa saja al
al lagi hebat..
tak dpt nur nak kejar..
=)

ummu said...

salam Nur;
hi hi entry yang mengingatkan kisah silam saya.yelah saya gemukz,jadi ada seorang hamba Allah tak mahu kats aya setelah diperkenalkan oleh makciknya. Takpe,cinta yang ikhlas,tak perlu syarat dan tak lihat pada luaran seseorang kan...

insan pendidik said...

salam NuR,

citernya menarik tp bila part pecah kaca pecah gelas da cam kanak2 ribena lak hehe anyway ape ade pd luaran x kekal selamanya yg ptg ialah hati budi seseorg itu...kekal sampai bila2

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: um.masyitah :.]

salam ummu

pertama sekali, terima kasih singgah di sini..

keduanya, maafkan nur jika entry ini mengingatkan ummu tentang kisah silam..

apapun ummu, kita semua tak sesempurna mana. mcm yg nur nyatakan ini kisah benar yg boleh terjadi pada sesiapa saja.

jika dinilai, siapalah kita di hadapanNya. tiap apa yg jadi pasti ada asbabnya juga hikmahnya kan?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: insan pendidik :.]

salam IP

hehe..
nmpk gayanya tak leh lari bias2 kanak2 ribena pd cikgu ribena ni.. =)

nur amat bersetuju dgn pendapat IP

myQza said...

Alhamdulillah.. orang boleh terima aku seadanya aku....

:) TQ nur...

Beruwang said...

semua benda tak kekal kecuali ketulusan hati...

Maiyah said...

jejaka memilih lah tu kot :D

Nida n' Hanafi said...

Salam Adik Nur:

Sudah termaktub hanya yang terbaik buat kita... yang sekufu dengan kita..

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran..:-)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: ber_uwang :.]

nur nak nyanyi lagu ketulusan hati la...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: si tedi :.]

nape ada org tak terima cik tedi?
meh sini nur nak karatedo dia....

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: maiyah :.]

mcm tu la citernya...
al kisah..

hikhik!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

[.: nida :.]

nak search la kak sape gerangannya...
hehe...

baik kakak ku!
=)

Alimaz-Kembara Terasing said...

tu la sapa suh tak berterus terang kan dah melepas...

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa