20 November 2009

CUTI SEKOLAH ADALAH HARI UNTUK MEMASAK

caakk..!!


kembali bersiaran.. hehe!
cuti dah masuk 2 hari tapi baru ada idea nak menulis.
ada citer nak diceritakan tapi jom la tgk resipi baru.
resipi ni dah try buat masa lunch tadi.
ok la rasanya cuma agak pedas sbb terbubuh byk rempah + cili kisar.
rasakan kehangatannya.. ;)


AYAM MASAK SIAM ala NuR

bahan2:

1 ekor ayam [dipotong kecil]
1 peket rempah kari daging
3 sudu makan cili kering [dikisar]
2.5 cm halia [dimayang halus]
500 gm kentang [dipotong dadu]
3 biji bawang besar [dipotong bulat]
4 biji bawang merah [dimayang]
4 biji bawang putih [dimayang]
3 keping asam keping
500 ml air

cara memasak:
  1. goreng ayam yg telah digaul dgn garam dan sedikit kunyit. goreng separuh masak.
  2. panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga kekuningan.
  3. masukkan rempah dan cili kisar. biarkan hingga pecah minyaknya.
  4. kemudian masukkan air dan biarkan masak hingga garing.
  5. masukkan ayam, kentang, asam keping bersama sedikit air. kacau rata.
  6. perasakan dgn garam secukupnya. masukkan bawang besar dan biarkan kuah mendidih hingga menjadi pekat.


taraaaa....
ni la hasilnya.
ayam masak siam ala nur.
perlu letak nama nur tu..hikhik!


SELAMAT MENCUBA...!



notakakidantangan:
emm.. tak tau tang mana mai nama siam kat resipi ni...

10 kesan jari:

ber_uwang said...

hmm sedap nya...

sI tEDI said...

ada ala2 nur lagi tu.. :)

nursarah87 said...

cam sedap ja...nnti aku try wat..heh

kawie2020 said...

bleh le masak kat sy plak yer.. hehehehehe...

maiyah said...

bleh tumpang sekaki.. dah terlioq nih :D

piNky LuCiA said...

macam best je.. nak try gak laa.. hehe

iqbalsyarie said...

kat kedai makan ada tak?

Ummu Ammar said...

Salam Nur..

Wah! Bagusnya Nur..start cuti jer terus ke dapur..akak pun nk cuba la resepi nur ni..

Ok la Nur..selamat bercuti..

anaklaut said...

salam.....nur..


wah....sedapnya ni....

nak salin resepi ni.

bEEdLE d' bARd said...

hai kak..
sy pon baru cuti ni..baru lah nak start aktif update blog semula..
nnt2 nak try gak la resepi akak nie..hehe

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa