01 October 2009

PERIHAL 3B

lama tak bercerita tentang kanak2 ribena. jom, baca citer nur arini.

kelas dua masa sblm waktu terakhir. nur menuju ke kelas 3B. nmpk seorg kanak2 ribena lelaki tersengih di luar kelas. igtkan cikgu sblm nur dah kuar rupa2nya dia didenda di luar kelas. sebaik sampai di muka pintu, tanpa segan silu dia bagi tau nur, " cikgu N.I denda saya." bila ditanya kenapa, "saya tak bawa buku cikgu N.I, teacher.." nur kata... "padan muka kamu." dijawabnya pulak, "muka saya memang bulat sbb tu padan dgn badan saya yg gebu." nur tak sempat nak jawab kenyataan dia, sbb cikgu N.I nak kuar dari kelas.

N.I : saya denda dia ni kak. buku subjek saya dia tak bawa. dgr tadi kak Izz pun bising dia tak buat langsung keje.. jenuh 'pelekoh' baru buat.

NuR : nanti dia kata la nak pindah sekolah, sbb cikgu sekolah ni semua garang2. tapi tak sedar kesilapan dari diri sendiri..

lukman tunduk diam lepas dgr nur kata mcm tu. nur suruh dia masuk kelas. harapnya takde lagi la adegan sebegitu.

tapi lepas bagi salam...

NuR: ok class. pass up ur homework.

berlari kanak2 ribena ni menyerbu meja guru utk hantar. kemudian masing duduk buka buku aktiviti. dalam nur sibuk menyusun buku, baru sedar mcm ada org berdiri di tempat duduk paling depan. bila angkat muka, bukan setakat sorang, tapi 3 org. yg sorang tu datang terkedek-kedek, jalan mcm ala2 penguin konon2 nak buat lawak. nak elak dari kena marah. huh...jgn harap! lukman tak terkecuali. muka dia lagi. dgr kata dari ketua kelas, byk subjek dia tak buat keje. nmpk dah, budak2 ni dah lama tak kena sound..

NuR: muka kamu lagi. kenapa tak serik2?

lukman: saya tak sempat salin teacher. semlm ustaz suruh padam papan hitam.

NuR: kenapa tak salin dari buku kawan.

lukman: malas la teacher.

huh.. rasa sakit telinga dgr perkataan malas. kelas ni yg beshnyer ada rotan yg disediakan. rotan ni nur amik 'katok' meja byk kali. sampaikan kanak2 ribena lain tutup telinga.

NuR: kamu bertiga berdiri di luar kelas, buat keje sampai abis. baru boleh masuk!

maka keluar la si bujang bertiga tu keluar dari kelas. tak lama lepas tu encik guru besar buat rondaan. ha apa lagi. budak bertiga tu disoal. encik guru besar ni, kalau dah marah membebel la dia. laju plak tu kalau dia ckp. padan muka bujang bertiga tu.. hehehe..!

pembelajaran diteruskan seperti biasa. siap boleh buat lawak2 dgn yg lain. bila bujang bertiga tu dah siap, baru nur izinkan diaorg masuk. lepas tu character nur bertukar jadi garang balik. tercengang budak bertiga tu. nak kena ajar skit ni. lama dah tak garang2 dlm kelas 3B. terus diam. waktu nak balik pun, nur lepaskan baris demi baris. takde lepas mcm selalu. haa..baru diaorg tau! hehe.. seronok lak kenakan budak2 ni. masuk je bilik guru bercerita dgn N.I.

NuR: memang kenakan budak2 tu abis-abisan.

N.I: haha..padan muka.

kak Izz: tu la. lepas raya ni seronok bukan main. siap bawa duit raya ke sekolah. kita tgk hari ahad nanti mcm mana. kalau berubah takpe la. kalau tak, huh akak pula yg nak berlakon jadi mak tiri jahat.

NuR: huhu..elok2 kak. kang effect pula kat baby di dalam perut tu..

N.I: hehe... jgn terbersalin dlm kelas udah ler.

penting juga utk guru berlakon dlm kelas. kena bertukar character mengikut keadaan. ni la fungsi belajar teater dulu. boleh juga aplikasikan dalam kelas. harap2 minggu depan takla jadi cikgu tiri jahat lagi.. hikhik!


5 kesan jari:

anaklaut said...

salam...nur,

mcm tulah budak-budak nur.
al pun sama ..biasa terjadi tu..:)

moga allah swt memberi rahmat pada nur..:)

white rose said...

salam nur...arini ustazh pun mngamuk mcm harimau betina marah2kan bdk2 sepahkan PS...

mamai said...

bukan jahat tapi unutk menyedarkan mereka

Bardboo said...

hah akak pnh blaja teater ke? mantap.. =)

pandai btol ek menjawab anak murid akak tu..hasih, sy ni xde kesabaran la nk mengajar budak2..

Amal said...

teacher!
hahaha

perangai bebudak sekarang da tak mcm dulu..
takut nak jd cikgu~

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa