06 October 2009

KEMBARA

kembaranya aku ke sini
atas aturan takdir illahi
terjadi atas asbab tertentu
faktor waktu menjadi penentu

jika ditanya kenapa aku di sini
ku berikan jawapan dalam senyuman
sebabnya.. aku yang ketahui
ku diam biar diasak soalan demi soalan

kembaranya aku ke sini
mencari, menggali, menelusuri
apa itu erti kehidupan hakiki
yang tak dapat dibeli dengan nilai yang tinggi

kembaranya aku ke sini
niat untuk perbaiki diri
bukan ditabur dengan pelbagai spekulasi
yang bisa mengundang bermacam reaksi

kembaranya aku ke sini
dan ke mana aku selepas ini
tidak aku ketahui
itu rencana rabbul izzati

tercoret pada 6 oktober 2009
pada jam 7:45 malam


notakakidantangan:
2 hari tak update. 2 hari tak ziarah rumah kawan2. 2 hari menjadi silent reader. akan diganti 2 hari ini pada hari-hari akan datang setelah bebanan kerja bertimbun reda dan selesai.

8 kesan jari:

mamai said...

teringat kat lagu kembara di tanah gersang

sI tEDI said...

kita mengembara. tapi pasti ada akhirnya....


dahulukan mana yg penting dulu Nur.. :)

al-lavendari said...

harap2 tak adalah bebanan kerja baru yang datang !

imHepPie said...

bz student nak peksa eh chekgu...

anaklaut said...

salam....nur apa khabr .

moga sihat2 saja..

Nakamura Kazuki said...

kembara diriku mencari cinta hakiki..disulami cinta sempurna buat diri ini.....

maiyah said...

dlu dah puas kembara, skrg dah tersekat kat umah huhu :)

Alimaz-Kembara Terasing said...

kak nanti leh buat puisi kembara terasing untuk saya yer...saya tak reti nak nyusun kata2 nih....best la puisi kak betoi...bukan nak puji tapi betoi2 tertarik....

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa