09 October 2009

JANGANLAH KELU


Seperti petang memanggil pulang camar dari biru pengharapan
Aku tergapai-gapai menafsirkan hening yang kau selitkan ke rumpun puisi
Kau menjelma hantaman badai yang merebut ikan dari jala para nelayan

Barat dan timur senyummu menggugurkan kata
Puisi ini hembusan rindu, lapar pelayaran mencari harapan
Rumput dan tanah menanam kelu tempat menabung luka dan pilu

Dari seberang pulau angin bayu mengirimkan khabar
Tentang perempuan berjari puisi
Menanam kelu,
Merasai pilu
dalam sendu.

~ hasil nukilan : anaklaut~


notakakidantangan:
tertarik dgn ni "perempuan berjari puisi"
emm.. jari saya jari manusia
bkn saya la tu
apapun terima kasih sahabat
atas kesinambungan puisi ni..
=)


7 kesan jari:

Amal said...

berjari puisi?
maksudnye jari dia ada puisi??
takutnye~~
=p

myQza said...

itulah kiasa puisi namanya... :)

al-lavendari said...

indahnya puisi ni, macam mana saya boleh miss !

anaklaut said...

salam...nur,


terima kasih banyak..ulasan anaklaut dijadikan entri di blog nur..tak tahu nak kata apa..

Maiyah said...

cantik puisi :)

Nakamura Kazuki said...

andai kerana kelu..

sungguh puitis sekali ye...very kreatif

Alimaz-Kembara Terasing said...

kenapa saya tak sejiwa itu...huhuhh

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa