26 September 2009

MARATHON RAYA

28 ramadhan...
petang tu.. jadi driver bawa cik akak L dgn puteri sulungnya ke CT Plaza.. tul ke.. ke CT SQUARE ke CT POINT? tahla.. nur belasah je ni.. yg penting ada CT la kat depan. nak cari CT NURHALIZA pun ada.. kat dlm kedai speedy..! hehe.. marah lak tok CT kang.. ampuunn..

sambil diaorg dok belek2 baju, nur pusing2 kat situ.. then berdiri kat tgh2 kepulauan booth org berniaga pakaian.. si pak DJ pasang lagu raya. terdengar pulak lagu raya sedih.. lagu favourite nur juga tu.. lagu dari aishah, tajuknya pulanglah.. hukhuk.. tetiba rasa mood raya tu masyuk.. kat luar hujan lebat. lagi la terasa kesyahduannya..


29 ramadhan...
aa..masa ni cik abe2 nur dah balik.. cuma masa tu tunggu cik abe A yg tak sampai lagi. ramai la kat umah ni. riuh rendah dek suara fruit daughters and fruitson. kalo cik abe A sampai awal, pasti jadi lagi gamat. 29 ramadhan 1430, bertarikh 19 september 2009, pada jam 12 tengahari (lebih kurang) akhirnya berjaya juga nur balut ketupat palas... terasa bangga kejap masa tu. yelah, selama ni cuba, punya la tak dpt skill tu. rasa geram juga bila tak dpt buat. tambah2 lak bonda kata "mcm mana ni balut ketupat tak reti lagi. mcm mana nak kawin? nanti pegi umah mak mentua tak pandai buat.. malu mak nanti.. kita ni pompuan and bla..bla..bla.." utk menjelaskan yg saya ni memang pompuan, saya terus berusaha dgn gigihnya. ayat sgtla ikut buku.. hukhuk.. takpe, kali ni alhamdulillah, berhasil juga. yeayy!! bonda kata nur buat jenis ketupat jantan. huhu.. idak ler nur tahu nape ketupat ada jantinanya. takpelah, yg penting dpt buat. kecoh ek nur ni.. hikhik!

petangnya ke pekan menuju ke shopping complex dgn 4 org fruitdaughter yg remaja remaji tu. buat last preparation. baru nur sedar, tudung oren takde nak match dgn baju raya. huhu... dah la nur excited nak pakai baju tu. nape excited? sbb kali ni berkeupayaan beli baju tu guna duit gaji sendiri.. hehee! tu yg excited terlebih.

masa berbuka puasa tu umpama mkn besar org cina. sbbnya dpt kumpul 6 beradik di sisi bonda. umah penuh. cuma cik akak M (yg sulung) takde. cik abe D yg keje di dubai pun balik beraya kali ni. memang riuh kalau dia ada.. mlmnya fruitdaughters and fruitsons main bunga api dan mercun sambil dikawalselia oleh cik abe Y. nur pun tumpang sekaki..hikhik! lama tak main bunga api... tetiba teringat masa kecik2 dulu, arwah abah belikan bunga api yg tangkainya tu besi.. sayu hati ni. nak nangis.. terus masuk rumah... buat2 belek baju.


1 syawal...
alhamdulillah, setelah berpuasa sebulan (yeke?) akhirnya kita berhari raya.. alhamdulillah masih dipinjamkan lagi nafas oleh Dia. pagi tu solat hari raya di masjid A. terjumpa juga dgn kanak2 ribena.. nmpk je nur dok, sibuk dia bisik kat maknye.. "mak... teacher tuu.." dia igt nur tak dengar.. sibuk lambai nak bagi nur nmpk.. nur pun lambai balik. hehe..kelakar lak rasa. semua tgk nur dok lambai sape dlm masjid tu. balik tu, baru tahu nur mengajar anak kpd kawan cik abe C. uuh..tidak ku sangka. sib baik cik abe C tak bagitau sape nama adik dia ni.

pagi tu bermula la sesi bermaaf-maafan. masa awal tu tak rasa sedih2 lagi. masa bagi duit raya kat fruitdaughters and fruitsons pun still leh buat lawak dgn diaorg. oh ya, book of record juga. pada 1 syawal 1430 bertarikh 20 september 2009, buat pertama kalinya nur dpt bagi duit raya kat fruitdaughters and fruitsons. see? how happy i am.. tapi sedih juga. umur 26 tahun baru la mampu nak bagi duit raya kat budak2 tu.

fruitdaughters beratur masa sesi bersalaman + duit raya

mengalir juga airmata tu masa sesi bersalaman. first airmata ni tumpah tentunya masa salam dgn bonda. byk perkara nur lalui bonda ada sisi. tak dpt nur bayangkan jika bonda tiada. pada sape nak menumpang kasih. huhu.. then masa salam dgn cik abe C. siap cik abe C buat lawak sbb nak elak dari nangis2. pastu tumpah lagi airmata ni masa salam dgn cik abe A. lepas salam dgn yg lain, terus masuk bilik. lap airmata sorang2. then fruitdaugther datang jenguk. berlakulah conversation kami berdua...

sabrina: cu nangis ek? sedih ke? ina pun sedih.. sarah, yeesha tak nak kawan dgn ina.

nur: lah.. gaduh je korang ni. ni hari raya, kena salam. minta maaf. dah salam belum?

sabrina: belum. diaorg tak nak kawan. mcm mana nak salam.

nur: sat lagi cu teman gi salam ye..

sabrina: ok.. cu lepas ni kita nak jalan ke? semua pakai tudung.

nur: aa.. kita nak gi kubur tok wan. ina igt tok wan?

sabrina: tak..

oh..baru teringat.. sabrina ni lahir 6 bulan selepas arwah abah meninggal. memang dia takde kenangan dgn tok wan. 6 tahun umur budak ni kira 6 tahun dah arwah abah meninggal.

nur: takpe. nanti kita baca doa masa kat kubur tok wan ye.

sabrina: ina nak bagi duit raya ni kat tok wan.

nur: tok wan kan dah meninggal. mana boleh bagi duit raya. tok wan tak leh amik la ina.

sabrina: boleh. ina letak atas kubur. nanti duit ni jatuh dlm. tok wan leh amik. leh guna kat dlm kubur.

nur: ish.. merepek la. jom kita gi salam dgn sarah dan yeesha.

dlm tghari kami bertolak ke BM. tempat pertama yg dituju tentunya pusara arwah abah. sedihnya masa ni. tapi control. tak nak nangis. masa ni la aksi si sabrina menarik perhatian kami yg ada di situ. nur igt dia main2 je dgn idea dia tu. rupanya sungguh2 dia buat. diletaknya sampul berisi duit raya atas kubur arwah abah. kami yg lain ni tgk je. berfikir jauh ke depan juga budak kecik ni..huhu!

selepas tu ke rumah sepupu di sebelah kawasan perkuburan then menuju ke rumah adik bonda. di sekitar tu ada lagi rumah 2 org sepupu nur. petangnya menghala ke rumah cik akak M iaitu kakak sulung nur. ok, masa kat sini la meriah.. sbb kami dpt berkumpul lengkap 7 beradik. ada amik gambar.. tapi disebabkan ramai sgt photographernya, maka ada la gamba yg tak sempurna. tgk kamera lain, kamera lain yg tangkap.. cet...! nur masih out of theme. tetiba sorang2 kaler oren di situ.


2 syawal...
dok rumah saje di sebelah pagi. petang tu bawa 4 fruitdaugter yg remaja remaji tu ke kawasan bendang (sawah) utk amik gamba. diaorg kata tak penah pegi, so nur bawakan. nur pun baru je dpt tau tempat tu masa teman kakak gi umah kawan dia. so sesi jalan2 amik gamba. hehe! gamba diaorg je yg byk... gamba nur takde sgt. sbbnya nur rasa muka nmpk lain bila dlm gamba. tak nmpk cantik pun.. mcm pucat pun ada. mcm cengkung pun ada. emm.. dah kurus jadi mcm ni pula.. hukhuk! bak kata cik akak L, muka nur tak photogenic... tul ke ejaan tu? walaupun agak sedih dgn kenyataan tu, tapi betul la kan. org lain yg dpt menilai diri kita, bukan kita sendiri. so amik keputusan, tak nak sgt amik gamba.

tempat ni la kitaorg pegi... cantik kan?

sebelah malamnya pegi open house. haa.. ni yg besh.. nur gi open house salah sorang bloggers kat sini. sape lagi, cik wanie kita la.. first time ckp tepon masa tanye direction umah. then first time jumpa walaupun rumah kami takla jauh mana pun. cik wanie ni orgnya peramah, ceria je.. sbb tu ramai kawan. so cik wanie, thanks ye jemput nur ke open house wanie.. balik rumah, ada buat makan2 skit dgn family...


3 syawal...
cik abe Y balik ke KL. tinggal lagi 2 family kat umah.. kurangla skit riuh. skit je la. sbb anak2 cik abe Y dah besar skit. nur dok umah je.. selain antar keta utk repair. teman kakak gi beli barang2 utk open house rumah dia.. sebelah mlmnya ke rumah cik abe D, berkumpul kat sana pula.. berjubah nur ke situ.. mcm lain giler.. sedondon corak berlainan warna dgn fruitdaughter Nuha. hikhik!


4 syawal...
pagi tu tolong kakak skit. nur tak jemput sumer kawan. sesetengah je. tapi takde sape pun datang. huhu.. turn cik abe C pula balik ke rumah mertuanya. tinggallah kami. rumah masih lagi riuh dgn anak2 cik abe A.


5 syawal...
kali ni turn nur beraya. destinasi yg dituju ialah ke seberang jaya, pulau pinang. bertemu dgn kak ida dan annur. hari yg agak meriah bagi nur walaupun bertiga.. hajar tak dpt join, coz ada di johor. on the way nak pegi, dah nak dekat sampai baru tahu sirah ada di sini dah. kalo tak, leh join sekaki ke sana. merasa air tangan kak ida, nasi ayam. besh! petangnya siap gi tgk wayang citer Jin Notti. kelakar dan tak rugi tengok hasil kerja KRU. bila drive sorang2, masa on the way balik tu terasa mcm nak balik kg. teringat entry bro mamai. hehe..! jadi la kan..


6 syawal...
rutin mingguan kembali menyapa diri. dah mula tugasan nur kat kelas tuisyen. seperti yg dijangka, hanya beberapa saje yg hadir. masih dlm mood beraya. tak ramai. jadi atas permintaan ustaz tuan punya tuition centre, nur gabungkan semua darjah. darjah 2,3,4, dan 5. buat kelas mathematics. jadi, bahan utk kelas bahasa inggeris ditangguh dan akan digunakan utk kelas minggu depan. nur buat sifir je semlm. sampai pening sorang budak tu..

emil: sifir 25? huhu.. cikgu.. dah pening. cikgu nmpk tak kepala saya dah ada bintang2..?

nur: tak nmpk pun..

emil: cikgu cuba pakai cermin mata..

nur: hah.. alasan! rehat 5 minit. pastu buat. soalan terakhir tu. jap lagi kita buat game.

alif: game ape cikgu?

nur: spelling bee

hafizi: yeayyy..

amirul: ok teacher.. saya siapkan cepat. best main spelling tu

emil: cikguuu.... penattt laa

nur: sblm cikgu bertukar kaler hijau mcm incredible hulk, baik kamu siapkan sifir terakhir tu..!


7 syawal...
arini..
cik abe A dah balik pagi tadi. tinggal la nur dgn bonda. tapi tak sunyi juga. coz rumah cik akak L di sebelah. riuh juga dgn anak2 dia.


8 syawal...
esok.. dah mula sekolah.. huhu.. nak cuti lagi... nak rehat..


begitulah kisahnya raya nur tahun ni. cumanya nur terasa kemeriahan hari raya tu pada 29 ramadhan dan 1 syawal. lepas tu, rasa mcm biasa saje. mungkin dah besar, tak rasa sangat nak beraya mcm budak2. gamba pun tak amik byk.. tak mcm dulu2.. ada masanya terjaga dari tido, menangis. tah nape.. mujur takde sape yg nmpk... ada satu mlm tu seblm raya, teringat kat fruitson Nabil di Yaman. mcm mana la budak ni raya kat sana sorang2.. kami sefamily berkumpul kat sini. huhu...


notakakidantangan:
entry terpanjang setakat ni...




17 kesan jari:

Beruwang said...

orang nak tgk gambo cik Nur...bagi duit raya..he he he

myQza said...

adeh.. nasib baik tak terlelap baca sampai habis.

budak2 kalau gaduh. sket2 tak kawan kan. sama cam kita dolo2!!

Unknown said...

tq so much nur sbb sudi dtg rumah cik wanie,
cik wanie hargai sgt2....
nanti kita hang out sesama lagi ok,
kali nie kita ajak blogger2 yg ada kat alor star.....
ok x?

Maiyah said...

siap beratur panjang hehe.. kalo sy ada ngan kete roda last skali :D

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: ber_uwang :.

hehe..sape la org tu ek?
uih..bagi duit raya takleh tunjuk muka.. nanti org kata tak ikhlas..
=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: si tedi :.

hikhik..
cian cik tedi
sekali sekala TERpanjang..
=)

IMANSHAH said...

Mak ai, panjangnya entri...penuh ngan kisah raya...saya raya tahun ni macam takder pape je..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: cik wanie :.

insyaAllah ok..
kena masa yg sesuai, rancangan pasti jalan.. hikhik..
main bowling ye cik wanie..?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: maiyah :.

uih akak..
kalo akak ada, akak yg first tau..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: imanshah :.

sy fhm keadaan cikgu..
kemeriahan tiada pastinya kerna tiada yg tercinta..
Allah lebih sayangkan dia..
sabar ye cikgu..

Cik Skaf said...

huhu..panjangnya entri.. tak terlarat sis nak baca abes..he2
apapun tumpang hepi tgk Nur hepi berhari raya dgn family..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: cik skaf :.

hehe..
takpe sis, reading exercise..
sng citer sekali harung..
penat juga mengarang citer raya ni.
=)

anaklaut said...

salam...nur, lewat singgah,
nur selalu yg pertama singgah blog al.

selamat kembali ke skolah nur...:))

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anaklaut :.

salam al
kadang2 tu jadi yg terakhir juga..
depends on masa al publish entry
if online masa tu,cepatla antar..
=)

huhu... tak mau pi skolaaaaah
=(

insan pendidik said...

Salam NuR,

Raya ni yang seronoknya anak-anak. Berbaju baru & dpt duit raya. Entri raya yang menarik walaupun agak panjang... dah nama pun marathon raya...ye tak.

mamai said...

wah raya sakan nur yer..duit raya untuk si cumel tak ada ker

Amal said...

ketupat jantan?
hahaha

akak~
duit raye kite mane?

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa