16 September 2009

KATA LA APA SAJA, SAYA TERIMA

terima kiriman sms...

di bulan yg berkat ini ingin mengambil kesempatan memohon sejuta kemaafan atas segala kekhilafan diri ini. sesungguhnya segala kelemahan dan keburukan itu datangnya dari diri yg hina ini dan kebaikan pula adalah datang dariNya. segala salah dan silap harap dimaafkan. semoga di aidilfitri yg mulia ini kita semua akan beroleh keberkatan dariNya. insyaAllah!

setelah diamati nombor tersebut, baru la dpt kesan pengirimnya..

lantas jari terlalu pantas menekan..

tiada ucapan maaf diterima atau lafaz memaafkan buat masa ini. ini bukan masanya lagi.

emosi kah saya?
ego kah saya?
pendendam kah saya?

saya tahu maaf memaafi adalah satu perkara yg mulia... tambahan pula menjelang tibanya lebaran. tapi personally, saya tak dpt utk melafazkan kata itu. lafaz yg tersekat. saya bkn seorang perempuan yg hatinya mudah utk diperkotak-katikkan. jgn disangka hati yg lembut akan terus lembut sepanjang masa. susah utk buat diri ini merasa tercabar dan sekali rasa sebegitu... beginilah jadinya..

saya tahu saya jahat...
sedangkan Nabi ampunkan umatnya..
apatah lagi saya, yg tiada kuasa apa2..

tapi....

saya ada hak utk hati saya...
biarpun saya mula utk bangkit dari peristiwa itu...

saya perlukan masa utk ikhlas memaafkan...

notakakidantangan:
saya tak mampu utk jadi seperti bro mamai..
menerima ucapan maaf dan memaafkan.
bro, saya memang salute.
bro memang baik hati.

8 kesan jari:

sI tEDI said...

nukan jahat atau apa.. mungkin nur masih memerlukan masa!!

imanshah said...

maafkan kami...kalau tak maaf, masuk tanjung rambutan

mamai said...

nur
jangan diseksa hati yang kecil itu

nur
ertinya cahaya datangnya dari hati yang kecil itu

nur
usah dipudarkan cahaya hanya kerana kesedihan di hati kecil itu

nur
biar retak seribu namun usah kau pecahkan hati yang kecil itu

nur
kemaafan itu penawar buat hati yang kecil itu

nur
hanya kamu yang mampu merawat hati yang kecil itu

nur
usah di siakan hati yang kecil itu hanya kerana kisah yang lalu.

nur
hati yang kecil itu hanya satu untuk mu

anaklaut said...

salam..nur,

nur mempunyai hak untuk tidak memaafkan..saya sangat menghormati pendirian nur tersebut.

salam lebaran buat nur.

insan pendidik said...

Salam,

luka yang berdarah tu memang sukar nak sembuh. Tapi percayalah semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Pengakhirannya kdg kala tak spt kita harapkan. Moga Tuhan berikan yang terbaik buat NuR.

imHepPie said...

salam nur..nape dia da watpe kt kamoo..

ber_uwang said...

nur ~~~

kalau memaafkan dia membuat nur makin sakit... biarlah dulu..
biarkan semua kembali pulih ..baru fikir soal memaafkan itu

Monkey D Luffy said...

maf zahir batin

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa