01 September 2009

HATI


hati...
sebentar tadi
ku tahu kau mendengar
ku tahu kau terasa bisanya
tapi aku tak berdaya menahan
perit jerih ini ku harus tempuhi
ini lorong kehidupanku
perjalanan seorang hambaNya

hati
ku tahu beratnya memendam
ku tahu betapa pedihnya menahan
dan ku tahu jika airmata itu sahabat setiamu
tapi sekali lagi aku tak berdaya memujukmu

hati
ku sedar kau merasai rasa ini
ku akan terus tewas jika aku tidak berjaya menghalang titisan manik mutiara itu turun
tapi kata yg ku dengar sebentar tadi sangat tajam
lebih tajam dari belati
menghiris menusuk ke setiap inci tubuhmu
tewaskah aku membiarkan kau yg merasa kesannya?

hati
jika aku masih tidak dapat melafazkan kata maaf
adakah aku ini manusia yang kejam?
pendendamkah aku?
adakah aku manusia yg tak mengenang budi pada penguasa alam yg menyuruh umatNya maaf-memaafi?

hati
kau tahu
perbuatan itu
peristiwa itu
masih segar dlm ruang kotak ingatanku
walaupun aku berjaya lupuskan seketika
walaupun aku bersabar beberapa purnama
namun kata yg ku dengar tadi
membuatkan aku terasa sangat tercabar

hati
jika kau tanya padaku sampai bila
aku tak pasti
kerna aku juga berusaha untuk mengubati dirimu

maafkan aku


tercoret pada 1 september 2009
pada pukul 1:10 am

13 kesan jari:

Cik Skaf said...

salam Nur,
kesian hati.. jgnlah dilukakan hati sendiri. Pujuklah dia. Tenangkanlah dia. org lain senang2aje boleh menyakitkan dan melukakan dia..jd jika bukan kita yg memujuk hati sendiri, siapa lagi....:)

Idalara said...

Hati..
mengapa terlalu sukar menolak dia..
dia tetap melekat disekeping hati ini..
betapa pedihnya hati bila melihat kemesraan itu..
hati...
tenanglah dikau..

p/s nur...mudah2an hati sentiasa merelakan apa yg berlaku.

NuR said...

.: cik skaf :.

salam cik skaf..
terima kasih sis
=)

NuR said...

.: idalara :.

salam kak ida
nice poem..
=)

miSs siv said...

cikgu nur..
huhuu..
nape cdey2?
=)

Eyna's said...

Kenapa ni dik...
Akhir2 ni tengok NuR makin sayu je...

Akk memang tak pandai nak berpuitis mcm ni...
so...tak terkarang ayat yg indah bg menenangkan hati yg kesedihan tu...

kelambuharimau said...

waa..best juga arr blog ni..jom join link

mamai said...

hati...berhati-hatilah kau di kemudian hari
agr kau tak dilukai dan melukai

sI tEDI said...

hati akan lebih terluak bila segalanya hanya di pendam.

ummumishkah said...

puisi yang indah Nur!

imanshah said...

Hati mesti selalu dipujuk..usah biarkan hati menjadi lara,, peneman hati yang lara ialah AlQuran

DaliaLiyana said...

salam kak nur..
jgn r sedih2..
life is too short to b sad..
b strong ya...
winks!

al-lavendari said...

Salam.

indah sungguh bait-bait puisi mu ... tapi mengapa sampai begitu sekali jadinya.

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa