17 September 2009

HARAPANKU

harapanku tak tinggi
sekadar untuk diri sendiri
untuk lebih yakin menempuh hari

harapanku masih lagi impian
masanya belum ketahuan
khuatir aku akan ketinggalan

harapanku tak perlu awan biru
hanya perlu untuk menyamankan hatiku
membuang segala yang buntu

harapanku bukan cerita semata
harapanku melihat cahaya
membuang segala ruang gelita


tercoret pada 17 september 2009
pada jam 8:32 pm

16 kesan jari:

mamai said...

semoga tercapai segala harapan
jagan di tinggalkan harapan biar sedikit

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: mamai :.
jika tercapai..
sayalah insan paling gembira

Maiyah said...

salam.. moga segala harapan akan tercapai, jgn terputus dari mengharap dan terus berusaha.. Selamat Hari Raya :)

Beruwang said...

tak bayar bil ye sebab tu gelap

myQza said...

aku tak suka menggantung harapan tinggi langit.. takut jika tidak tercapai aku akan jatuh dan berkecai :)

Bardboo said...

pandainya akak bermadah pujangga.. =)

anaklaut said...

salam..nur,

moga tercapai apa yg dicita-citakan..:))

insyallah..salam lebaran.

Sirah@Cyrah said...

Slm Dayah...dirimu pasti menggapai impian mu sahabat...maafkan daku sekiranya pernah mengguris perasaanmu selama kita mengenali masing2...percayalah bahawa kamu adalah antara teman2 ku yang amat memahami ku...

P/S: Aku nak birthday present dear...huhuhu (nakalnye aku)

anaklaut said...

salam..

nur, tq selamat hari raya..
maaf zahir dan batin.

makan kuih/lemang tu..ingat2 anaklaut jugak..:)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: maiyah :.

salam kak maiyah..
insyaAllah..
akan sy kuatkan semangat seperti akak..
akak memang kuat!
selamat hari raya kak

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: ber_uwang :.

huhu..
bro tak kasi duit raya
mcm mana nur nak bayar bil..
hukhuk..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: si tedi :.
agak sadis kan bila melihat ia berkecai...
hukhuk..
tapi
alang2 menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: beedle d'bard :.

hehe...
tu je pandai..
tapi pandai juga utk meranapkan madah pujangga itu..
hikhik...
lama cuti dik?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anaklaut :.

salam al..
insyaAllah..
doakan saya..
=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: sirah :.

salam sirah
sorry, masa ko call.aku tgh ngajar..
huhu...
aku juga begitu..
memohon ampun dan maaf darimu..

p/s: okeh babe.. nanti aku carikan ye.. eh ko caya tak, hadiah ko bagi aritu aku still balut kemas tau..
sayang nak koyak rabakkan kertas nya.. terselit keikhlasan.. =)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anaklaut :.

salam al...
selamat hari raya
maaf zahir dan batin
andai ada terkasar bahasa jua bicara

mkn kuih tart nenas tu igt2 la nur juga..
=)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa