07 August 2009

MENDUNG YG KELABU


pagi ni sejuk. awan mendung. hujan turun tak henti. adakala lebat adakala renyai. dikejutkan dgn suara bonda di luar bilik.. "solat subuh dik." terjaga dari lena. hilang mimpi indah itu. kembali ke alam nyata. hati kembali sedih... hati menjadi mendung. memikirkan jalan penyelesaian. memikirkan tindakan yg perlu dibuat.

selesai solat, airmata kembali menitis...
buka blog utk meluahkan rasa... tapi rasa itu tersekat. tak dpt dihamburkan. membaca comment2 yg diberikan dan juga kiriman email dari kawan2 blogger. 'Ya Allah, hambaMu bersyukur atas nikmat silaturrahim yg Kau berikan.' terima kasih kawan2 atas nasihat, sokongan dan semangat. walau tak pernah bersua, namun terasa jalinan ukhuwah ini dekat biarpun jarak antara kita amat jauh..

bersiap utk ke kelas. renungan bonda mengiringi pemergian. 'Ya Allah, hentikan lah tangisan ini..' airmata kian laju menitis biarpun masa memandu. jam menunjukkan 8:35 am. telefon berbunyi. ada kiriman msg. dlm memandu tu sempat nur buka dan baca. tekan butang reply msg pada nombor kakak. aduh...lambat arini. paddle speed ditekan kuat. seakan ada suara yg berbisik, 'kau harus kuat Nur. anak2 didikmu menanti. tak kan kau nak mereka menjamah wajahmu yg mendung itu?'

nur lupa akan mereka...
'lemahnya aku ini Ya Allah. dgn sedikit ujian berat ini, aku seakan mengalah. aku goyah...nyaris aku rebah. mudahnya bagiku menyerah pada dugaan.'

masuk ke kelas, kelihatan hanya sebilangan yg hadir. mungkin disebabkan hujan. selesai membaca doa, nur nampak ada lagi kanak2 ribena yg hadir. Alhamdulillah, mereka kuatkan hati utk datang ke kelas biarpun hujan lebat. 'Ya Allah, jika mereka yg kecil ini kuat hati utk datang ke kelas biarpun hujan lebat, apakah aku yg dewasa ini mempunyai hati yg kecil tatkala menerima takdirMu? malunya aku Ya Allah...'

memanggil seorang dari kanak2 ribena utk mendengar apa yg telah dihafalnya..
lantas nur ditegur dgn satu soalan...

syukrina: teacher, nape mata teacher mcm bengkak?

nur terkejut. mereka perasan rupanya. puas nur tempek bedak pagi tadi. ah...gagal! kesannya jelas...

nur: teacher tak tido semalam. buat keje. tu yg bengkak.

ah..saya cikgu yg menipu!
disapa dgn satu lagi soalan..

syukrina: teacher kan dah keje. arini cuti pun kena buat keje sampai mlm jugak? ish.. saya tak mau besar la teacher. nanti keje byk saya tak boleh tido. nanti saya tak boleh membesar..

petahnya... 'kau masih terlalu kecil utk memahami wahai kanak2 ribena yg cumel..'


notakakidantangan:
maaf nur tak reply comment kawan2. nanti nur balas, insyaAllah.

7 kesan jari:

Anonymous said...

ngapenyer kak?
wassup...
u sound different dlm this blog entry...?

GRuNGe said...

Cikgu Nur. Anda sepatutnya bergembira dan bebahagia kerana kanak2 ribena di sekolah anda prihatin pada diri anda.

Harap Nur boleh mengukir senyuman.

mamai said...

see you still have a friend dear teacher even you cute and sweet ribena kids is aprt of your life..

myQza said...

nur.. macam mana hari ini? semoga nur kembali senyum ya??? :D banyakkan istigfar tau!

IMANSHAH said...

Kali terakhir saya menangis bila saya kehilangan nenek tersayang!! hurm, lembut sungguh hati wanita ya!! Sapu lah air mata itu, sebaiknya kembalilah kepada-NYa

Idalara said...

nape ni syg?
kak ida nur bg kata2 semangat tp nur pula berhati walang..
ada sesiapakah yg merobek hati nur..seperti dia merobek hati kak ida..sabarlah nur..hadapi dgn tabah dan kuat.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: to wanie, incik grunge, bro mamai, tedi, cikgu imanshah, kak idalara :.

terima kasih atas nasihat dan kata semangat. cerita itu telah tamat, maka tamatlah kesedihan saya itu..

kak ida, takde sape yg merobek hati nur.. dia? siapa dia tu kak..?

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa