07 August 2009

CEBISAN DARI BINGKISAN ITU

cebisan dari entry BERUBAH

notakakidantangan:
nur terkilan akan sesuatu.. mungkin benar kata seorg teman melalui perbualan telefon,"belum rezeki lagi walaupun peluang ada di depan mata.."

♥ ♥ ♥ rasa terkilan itu timbul lantaran mengetahui coursemate menjalani program itu. bkn niat dengki atau iri hati. tidak timbul langsung di benak nur utk rasa sebegitu. sumpah! nur gembira dgn pencapaian dirinya. jalan yg dia lalui seperti mana nur lalui. penuh cubaan. tapi... nur terkilan dgn diri sendiri. nur menyalahkan diri. ya... pertanyaan demi pertanyaan timbul di minda.. bukankah kalo mengikut syarat yg terpampang di laman web itu, nur dan kawan2 satu course tak layak utk memohon? ah nur... lain kali kau mesti mencuba biarpun dikatakan tidak layak.. dapat atau tidak, itu lain cerita. pengajaran buat diri saya. ♥ ♥ ♥


cebisan dari entry MONOLOG 1

notakakidantangan:
apakah ini pelangi yg dinanti-nanti?
kalau pun ia bukan pelangi, apakah ia secebis sinar?

♥ ♥ ♥ isnin tanggal 3 Ogos 2008. tarikh yg buat nur rasa gembira. panggilan dari kakak buatkan nur rasa sihat walaupun pada hari tersebut nur MC. sinar yg dinanti menjelma sudah. peluang yg ada buatkan nur kembali bersemangat utk terus mencuba demi merealisasikan cita2 sedari kecil. saya rela lakukan apa saja... (rela lakukan perkara yg baik2 saja.) jalan yg dilalui selama ini tidaklah seindah yg disangka, tidaklah lurus. penuh bengkang-bengkok, penuh laluan berliku.. tidak dpt dihitung berapa titisan airmata, berapa kilo nasihat dan semangat yg diberikan bonda. nur, bonda dan kakak gembira dgn perkhabaran itu. abang2? mereka tidak mengetahui pada masa itu dan juga kini. ya.. nur tidak memberitahu mereka lagi. ♥ ♥ ♥


cebisan dari entry MONOLOG 2

notakakidantangan:
keputusan telah dibuat
juga telah dikhabarkan
tapi hati rasa berat
aduhai.. kenapa ini yg aku rasakan..

♥ ♥ ♥ keputusan telah dibuat juga telah dikhabarkan

lantaran perkhabaran gembira itu, nur tekad buat keputusan setelah berbincang dgn bonda dan kakak. abg2? mereka belum tahu. hajat di hati nak buat kejutan pada mereka setelah apa yg dirancang berjalan lancar. keputusan dan notis telah dibuat dan diberitahu kepada mereka yg berkuasa. disoal dgn satu persoalan, "dah confirm?" jawab nur, "dah". ada nada tidak berapa yakin di situ. lantas mereka yg berkuasa berkata, "berada la di sini lagi." jawab nur, "saya takut menyusahkan pihak tuan."

tapi hati rasa berat. aduhai.. kenapa ini yg aku rasakan..

tidak dinafikan hati nur terasa berat sekali. seolah ada yg tidak kena. apatah lagi memandang wajah2 itu buatkan hati tidak mampu utk menyatakan keputusan ini pada mereka bila tiba masanya nanti. terasa lemah.. ternyata, kasih dan sayang ini telah tertumpah pada wajah2 itu. jika sehari tiada di depan mata mereka, sudah dicari dan diterpa berbagai soalan apatah lagi jika tiada berhari-hari. ♥ ♥ ♥


cebisan dari entry SAYA PUTUS ASA

kawan2...
sy rasa putus asa....!!

♥ ♥ ♥ perkhabaran yg diterima dari kakak buatkan nur terasa mahu terjelepuk jatuh. rasa gelap dunia. pelangi dan sinar yg menyinari lenyap. hilang dlm sekelip mata. 'apa yg patut aku lakukan', itu persoalan yg berlegar-legar di minda. 'salah perkiraan aku ni. apa tindakan yg aku patut buat?' soalan yg berterbangan di ruang minda.

ya.. saya nyaris kehilangan kerja. itu yg buatkan nur amat tertekan. bkn seperti yg disangkakan. entry terkilan dan sewaktu dgnnya BKN berkaitan dgn CINTA. hati perempuan yg lembut ini lemah tatkala bila diuji dgn perkara yg melibatkan masa depan. dek kerana ghairah ingin merealisasikan impian bergelar guru, nur nyaris melepaskan apa yg digenggam dan mengejar yg belum pasti jadi. pengajaran buat diri saya.

pasti ramai tertanya-tanya.. nur bkn guru ke? nur adalah seorang guru. tetapi guru di sekolah swasta. bkn di sekolah kebangsaan. maafkan nur kerna tidak jelaskan di sini. ya.. kenapa nur mengejar yg tak pasti itu? sebab nak jadikan impian menjadi guru yg sebenar-benarnya menjadi kenyataan. impian sedari kecil. walaupun mempunyai ijazah pendidikan, jalan utk ke situ masih belum kelihatan. saya sedang berusaha utk mencapai target saya. yeke berusaha? ah nur.. jika org lain mudah utk kau memberi semangat. tapi diri sendiri kau tak mampu beri.. malunya saya pada kamu semua...

alhamdulillah, mereka yg berkuasa memberikan peluang. ah malunya saya bila berhadapan dgn mereka ahad ini. i owe u wahai mereka yg berkuasa. thanks for giving me this chance....

Allah masih bersama saya dan kita semua... ♥ ♥ ♥



dedikasi buat bonda..
jatuh bangun nur bonda ada bersama. bonda, nur akan kuat seperti yg bonda mahukan.

dedikasi buat kakak..
nur tahu kakak pasti baca entry ni. sbb kakak mengikuti perkembangan blog nur. maafkan nur jika nur emosi semalam. sumpah! nur tidak menyalahkan kakak atas apa yg terjadi. kesedihan yg dirasa disebabkan nur kecewa bila apa yg ditarget tidak kena pada sasaran. saya malu kakak... adikmu ini sudah berusia 26 tahun tapi kehidupan masih tidak terjamin.

kakak... nur bangga mempunyai kakak seperti kakak.... i love u so much!
inilah kata yg tak mampu nur luahkan di depan kakak.

dedikasi buat abg2..
nur tak pasti samada abg2 menjengah ke blog nur ini. apapun, ingin sekali nur nyatakan nur bertuah mempunyai abg2 seperti kamu... pastinya ciri2 suami impian nur ada pada kamu. kerna nur rasa kakak2 ipar sgt bertuah memiliki kamu.. kagumnya, bertuahnya dan bersyukurnya saya ada abg2 sebegini.

dedikasi buat pembaca..
maaf, saya hidangkan kamu semua dgn cerita sedih ini. ambil lah pengajaran dari kisah saya.. apa yg baik jadikan tauladan apa yg tak baik itu jadikan sempadan.



kenapa nama NuR....
seperti maksudnya ialah cahaya, diri ini mengharapkan sinar cahaya yg akan sentiasa menerangi hidup.

kenapa CeRiTa DaRi HaTi NuR...
kerna saya bercerita dari hati.. kerna saya bercerita apa yg terjadi... kerna saya ingin berkongsi apa yg saya lalui...

6 kesan jari:

mamai said...

bukankah kesilapan itu buat kita jadi lebih dewasa...keputusan yang dibuat walau perit usah disesali baik atau buruk pasti ada sesuatu di sebaliknya...hikmahnya tetap.

aku juaga pernah melalui kesilapan masa lalu cuma....

anaklaut said...

salam...nur,

anaklaut membacanya entri nur..rasa sangat terharu.

belum ada rezeki lagi..allah swt akan bagi rezeki yang lebih besar pada Nur nanti.

----------

sokongan keluarga dan sahabat2 pasti menguatkan semangat nur untuk terus berjaya..jangan putus asa.

---------

apapun anaklaut mendoakan kejayaan buat nur..:)

<< s| tED| >> said...

nur, aku harap apa sahaja yangberlaku tidak mematahkan semangat nur. tetapi menajdi cabar untuk nur berusaha dan buat yang terbaik
nUr pastiingat tiap apa sahaja cubaan dan dugaan dari ALlah pasti ada rahmatnya cuma cepat atau lambat sahaja.

rezeki juga Allah yg tentukan. sabar Ya nur..

NuR said...

.: mamai :.

terima kasih bro..

kesilapan itu buat kita jadi lebih dewasa..

nur nak membesar lagi ni..hehe! masih tak cukup dewasa

NuR said...

.: anaklaut :.

terima kasih anak laut..
kata semangat yg tak putus2..
nur hargai sgt.

NuR said...

.: tedi :.

tedi..
terharu nur baca comment yg tedi dan kawan2 berikan..
nur tgh mengumpul semangat dan mengutip pelajaran yg ada utk buat bekalan..

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa