11 August 2009

BICARA HATI

mungkin keceriaan yang terpamer
melindungi keluh kesah
hakikatnya…
derita ini, sengsara ini, ku pendamkan
menahan kepedihan di hati
yang tak dapat ku zahirkan
airmata pun tidak lagi bererti

kadangkala…
kesabaran melampaui batasnya
sememangnya menguji diri
kadang kala…
aku tewas menanggung derita ini

namun apa daya diri ku
tiada kuasa merubah segalanya
aku hanya hambaNya yg lemah
terpaksa aku menempuh jua
terpaksa aku bersabar untuk kesekian kalinya

rintihan hati…
mengharapkan tugu ketabahan ini terus teguh
dalam aku mengharungi kehidupan yang mendatang


tercoret pada 19 july 2006
pada pukul 9.34 pm


notakakidantangan:
dah 3 tahun pun umur puisi ni.. baru je nur godek2 blog lama utk ditampal di sini..agar tak hilang.


16 kesan jari:

mamai said...

seperti orang patah hati dan putus harapa ajer, harap dah ceria hendaknya cikgu yer...

barang yang lepas usah disesali esok masih ada hari yang menanti

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: mamai :.

hanya puisi lama bro..
dah 3 thn usianya..

nur minum air ribena tadi
harapnya ceria mcm kanak2 ribena..

hikhik!
budak cumel tu sihat bro?

mamai said...

ooo ada pertua baru nak ceria yer kena minum air ribena...hmmm bagus tu.

budak-budak tu semua okay...ayah dia yang tak okay

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: mamai :.

haha..
boleh la dikira petua baru bro

uiks..
nape? demam? tak sihat?

GRuNGe said...

Cikgu Nur, dimana keceriaan entry kamu pabila bercerita mengenai kanak-kanak ribena kesayangan kamu?

Musti Cikgu Nur ni kureng minum ribena sejak akhir-akhir ni, tu yang kurang ceria tu. :P

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: grunge :.

huhu..
kurang ceria ek?
aaa..
incik grunge la ni.
tak belikan nur ribena..
dah abis pun

;)

mamai said...

demam la pulak hari nie...nak balik rumah pun takut dah, nanti menjangkit kat budak-budak tu pulak

myQza said...

sama macam aku nur... kadang2 benda lama lagi berharga :)

IMANSHAH said...

Biarkan ia pergi jauh
sesekali memang hati rindu
tapi biarkanlah
jika ianya
membuat hati sayu
lupakanlah pertemuan lalu.

Hidup ini memang begitu
ada suka ada duka
moga ria sering bersama mu..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: mamai :.

huhu..
gi check doc bro..
takpun pakai topeng muka balik umah..
haha!
sure kanak2 ribena cumel itu terkam nyer nanti..
kot diaorg fikir ayah diaorg nak main perang2..
ala2 zorro gitu..

serius skrg ni virus tersebar melalui udara
bykkan minum air
air kelapa pun ok..

semoga bro cepat sembuh..
psst..bro tlg cubit pipi bdk cumel tu ye..

=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: tedi :.

sama la kite ye cik tedi
give me five....
hikhik!

dlm tak sedar dah 3 tahun buat puisi tu.
igtkan tahun lps..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: imanshah :.

cikgu..
cantik dan tersusun indah puisi cikgu tu
sy balas ye..

hanya kata luahan hati
terzahir menerusi puisi
sudah dibiarkan berlalu pergi
agar tak hinggap terus di hati

anaklaut said...

salam...nur, wah..lamanya usia puisi ni..

"rintihan hati…
mengharapkan tugu ketabahan ini terus teguh
dalam aku mengharungi kehidupan yang mendatang"

ayat yang paling menusuk kalbu..:)

tq singgah anaklaut nur

Ummu Mishkah said...

nice puisi sis!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: anaklaut :.

salam anaklaut

ayat menusuk kalbu?
hehe...
semua org berharap mcm tu kan?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: ummumishkah :.

kak..
thanks..

=)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa