21 May 2009

MAK KATA DIAM

"Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat."
Hikmah Diam
  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  • Perhiasan tanpa berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Menutupi segala aib.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mak penah pesan pada nur...
"apapun org kata, sebaiknya diam je lah. "


ya mak, nur masih berpegang dgn kata2 mak tu. dan sampai la saat tadi. nur masih igt pesan mak walaupun hati bergelora menahan amarah. terima kasih mak, nasihat mak amat berharga.

kisah tadi...

seusai mengawas peperiksaan mathematics kertas 2 di 4e, nur terus bergegas ke bilik guru.
kenapa?
>> nur tak sabar nak tgk hasil kerja kanak2 ribena.
>> adakah pengajaran nur dpt mereka fahami?
>> adakah soalan terlalu payah?
>> senang ke?
>> sempat jawab tak?

3 ketul kertas jawapan ada atas meja. nur belek ketul demi ketul. dari 4b ke 4d dan seterusnya 4e. dlm membelek tu terkenang anak2 murid 4e. mereka tak ramai. hanya 14 org. 2 tak hadir disebabkan demam. tinggal lagi 12 org. 5 org daripadanya demam. digagahkan juga hadir ke sekolah; arini kan last day utk peperiksaan penggal. kelima2 org kanak2 itu menangis masa menjawab kertas soalan. jenuh juga memujuk. mujurlah makan pujuk utk habiskan exam. cian sgt.. dgn mata merah, badan panas. emm..entahlah. musim demam skrg ni.. teacher diaorg pun sama sebenarnya. tapi tak penting, yg pentingnya kanak2 ribena tu.

dlm membelek.... disapa satu suara.

"haa adik nur ni. minum air pun tak abis. tgk botol air akak ni, dah habis sebotol.."

nur pekakkan telinga.. hati panas.
ah..dah mula dia ni...
>> aritu kes ckp tepon. biasalah, kekadang tgn kita pun bergerak sama seolahnya org yg lagi satu tu nmpk pergerakan tgn kita.
>> pastu kes cinta sejati. abis member2 nur yg masih bujang di soundnya.. pakat tarik muka masam.. hayo3x

"dgr ke tak akak ckp ni??"

nur angguk kepala sambil mata merenung tajam pada kertas jawapan kanak2 ribena.

"org ckp dgn dia. tak mau dgr. tu la. sakit tonsil la apa la. tgk akak ni. abis dah sebotol." sambil ketuk2 botol air yg baru nur beli tu....

huh... org tua ni. ape salah nur ni. sampaikan mcm ni pula jadinya. tak nampak ke org tgh buat apa... kata yg hanya berdendang dlm hati. nur terus diam dan membeku di situ. dgr lagi bebelan dia. argh! hati makin panas. dah setengah botol nur abiskan air tu. bkn botol kecik. apa kena mengena pula dgn dia. tak nmpk ke kita ada byk keje atas meja ni..?? hati nur memang merungut. ya Allah, berdosanya nur arini. tapi geram laa bila tetiba disoal, dibebel sebegitu.

bebelan makin menjadi..
arghhh!! hati makin panas. nak saja dicipta ayat utk dibalas. tapi teringatkan pesan mak.

"apapun org kata, sebaiknya diam je lah. "

sekuat daya yg ada nur terus membatukan diri di situ. keadaan menjadi sepi seketika. mana dia?? menuju ke cubicle yg lain...

persoalannya:
## kenapa arini tak abiskan air dlm botol yg selalunya habis sblm kul 1?
>> sbb arini menjadi pengawas peperiksaan bagi 3 kelas. dan semuanya direct.....nur hanya balik ke bilik guru utk menghantar kertas jawapan dan mengambil kertas soalan utk ke kelas lain. kang bawa masuk air dlm kelas jadi isu pula....

## dia??
>> hanya di bilik guru.... sebab dia hanya menjaga satu saja kelas pada awal pagi tadi. kalo guru lain sibuk bergelumang dgn kertas, dia dah angkat bendera hijau. sbb peperiksaan bagi madah yg diajarnya dah berlangsung pada hari ahad dan isnin yg lalu. senang kan? sekaligus dah abis ditanda!

sy hargai jika akak mengambil berat akan diri sy. tapi terlebih dulu maafkan diri sy, jika sy memarahi akak dlm diam. tapi atas dasar hormat sbg seorg adik dan org baru di sekolah ni, sy cuba padamkan amarah ni dlm hati. sy cuba utk tidak membalas kata2 akak
>> kerana pesanan mak sy terngiang-ngiang di telinga.
>> kerana sy menjaga nama baik kakak sy yg sememangnya dikenali di sekolah ni.

>> kerana amatlah susah bagi sy utk menjadi normal semula jika sy bertukar warna hijau....

bak kata ann.. bkn telinga kita pekak, tapi kita memekakkan telinga demi kepentingan diri kita sendiri. betul, kepentingan diri agar tidak ter'over' marah/bengang...


nota kaki dan tangan : diri tak sihat, ditambah dgn keje bertimbun, emo jadinya nur arini. jgn tiru mcm sy!


2 kesan jari:

ayaharith said...

kak nur jadi hulk???

oh, x dpt dibygkan..

xD
moge cpt sembuh ek..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

.: aya harith :.
hikhik...


jadi hulk tetiba..
bayangkan je badan hulk tu dsumbat dgn pale akak ni haa.. emm..tak ke mcm penyu, badan besar ada pale kecik..??

agagagaga :D

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa