21 February 2009

CERITA HATI

sekali lagi aku lalui jalan-jalan sepi ini

buatkan aku lebih berhati-hati

cukuplah segala sandiwara

kerna kini aku sudah mengerti segalanya


tersasar aku di dalam mentafsir

sebuah ketelusan, kepercayaan dan kesetiaan

jelas... aku terlalu naïf dalam membuat penilaian


dulunya

kasih ini bercambah dan menguntum

kini

kemarau; tandus dan kering

ku terima segala yg tersurat dan tersirat

dan redha dgn suratan Illahi pada diri ku


jika kau dpt membaca dan mendengar

cerita hati ku ini

jauh dari sudut hati

ucapan terima kasih ku berikan

atas segala kesakitan dan kesengsaraan


dan ketahuilah olehmu

aku kini mampu bahagia

biarpun tanpa kehadiran insan istimewa


NuR

6.20 pm


nur terima kiriman MMS petang semlm. MMS dari dia. lantas terciptanya puisi ini. alhamdulillah, hampir 22 hari nur ignore segala msg daripada dia. tak perlu dibalas, tak perlu nur memanjangkan lagi episod berdarah ini. biar ia berakhir dengan noktah.

1 kesan jari:

Sirah said...

alhamdulillah...aku harap hati aku pun akan jadi macam ko dayah... (^___^)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa