Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

14 December 2009

CHEF JADIAN


bkn warewolf jadian ye...
hari sabtu aritu nur cuba resipi sepupu.
then semalam terbaca pula entry kat blog ustazah dylla pasal satay.
terkejut gak baca entry tu. apapun kita kena hati2. kena siasat dulu makanan tu datang dr sumber mana. tul tak ustazah? kang salah lak cikgu ribena ni ckp psl bab agama. huhu..!


so ustazah and friends, kita ada alternatif skrg.
iaitu kita buat sendiri satay goreng...
senang je. takde lidi bagai.
main campak2 je ni.. haha!


bahan-bahannya:

daging
(dipotong kecil... saiz terpulang)

serbuk kunyit
garam
gula
jintan manis
jintan putih
(campak pada daging)

serai
(ditumbuk halus.. kemudian campak pada daging tadi dan perap..)


setelah diperap, gorengkan daging tadi.
minyak jgn byk sgt ye.
sedang2 aje dan jgn byk mcm nak goreng ikan.


~~ gula dan garam tu terpulang pada sukatan daging dan juga selera. if rasa nak manis buh lebih skit gula. tapi biarlah rasa mcm satay yg dibakar tu. baru masyuukk.. ~~


jom tgk gamba..



bila bahan semua tadi diperap.... kuning2 tu serai ye.
ditumbuk guna lesung batu.
lebih enak berbanding diblender.


selesai digoreng. tapi ni agak kurang memuaskan sbb kurang gula juga minyak terlebih.


SELAMAT MENCUBA !

nota pendek si merah jambu:
illustrasi gamba terakhir nmpk mcm tempe goreng


20 November 2009

CUTI SEKOLAH ADALAH HARI UNTUK MEMASAK

caakk..!!


kembali bersiaran.. hehe!
cuti dah masuk 2 hari tapi baru ada idea nak menulis.
ada citer nak diceritakan tapi jom la tgk resipi baru.
resipi ni dah try buat masa lunch tadi.
ok la rasanya cuma agak pedas sbb terbubuh byk rempah + cili kisar.
rasakan kehangatannya.. ;)


AYAM MASAK SIAM ala NuR

bahan2:

1 ekor ayam [dipotong kecil]
1 peket rempah kari daging
3 sudu makan cili kering [dikisar]
2.5 cm halia [dimayang halus]
500 gm kentang [dipotong dadu]
3 biji bawang besar [dipotong bulat]
4 biji bawang merah [dimayang]
4 biji bawang putih [dimayang]
3 keping asam keping
500 ml air

cara memasak:
  1. goreng ayam yg telah digaul dgn garam dan sedikit kunyit. goreng separuh masak.
  2. panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga kekuningan.
  3. masukkan rempah dan cili kisar. biarkan hingga pecah minyaknya.
  4. kemudian masukkan air dan biarkan masak hingga garing.
  5. masukkan ayam, kentang, asam keping bersama sedikit air. kacau rata.
  6. perasakan dgn garam secukupnya. masukkan bawang besar dan biarkan kuah mendidih hingga menjadi pekat.


taraaaa....
ni la hasilnya.
ayam masak siam ala nur.
perlu letak nama nur tu..hikhik!


SELAMAT MENCUBA...!



notakakidantangan:
emm.. tak tau tang mana mai nama siam kat resipi ni...

26 July 2009

SAMOSA BONDA

nur nak kongsi resipi mak dgn teman2 bloggers..
leh kawan2 buat kat umah..
resipi ni mudah je dari segi penyediaan.
dan berkhasiat sbb ni mcm samosa sayuran..
yg best dan yg lainnya sbb ada letak celeri..
sy sgt suka celeri.... sbb crunchy!
bahan2nya...
  • isi ayam
  • isi udang
  • bawang besar
  • carrot
  • batang celeri
  • daun bawang
  • kulit popia/kulit wantan
  • lada hitam
  • garam

cara2nya:
  1. potong kecil isi ayam, isi udang, bawang besar, carrot, batang celeri dan daun bawang.
  2. gaulkan bahan tersebut bersama lada hitam dan garam secukup rasa. lada hitam itu perlulah ditumbuk halus. makin byk lada hitam, makin sedap samosa itu.. tapi hati2lah.. nanti kepedasan pulak! hikhik!
  3. kemudian balut bahan tadi dengan kulit popia/kulit wantan. buat bentuk mcm tiga segi. tapi actually, bentuk ape pun takpe.. asalkan leh mkn. tadi ada buat bentuk empat segi...
  4. utk mengelakkan dari isi terkeluar masa goreng, kita leh sapu bancuhan tepung gandum kat celah2 lipatan tersebut. idak ler isi berterabur dlm kuali.
  5. pastu goreng dan hidangkan. mudah kan?
  6. ok... tentang kuantiti bahan tersebut terpulang pada anda... takde sukatan tertentu..
Smiley chef kiss Pictures, Images and Photos

notakakidantangan:
huhu..takde bakat nak tulis resipi.. hehe! harap anda fhm ape yg nur tulis tu ye.. selamat mencuba!

23 May 2009

BILA SUDIP BERDATING DGN BELANGA

Mee Gulung ala-ala NuR
(nama tak leh blah..hikhik)


haa.. ni la yg dimaksudkan dgn berdating tuu.. bila sudip sudah berdating dgn belanga maka ada laa makanannya kan? kuikuikui...

sabtu lepas, nur sempat la cuba resipi ni. konon2 nak celebrate teacher's day kat umah..hehe! resipi ni amik dari blog Sis.in.Law nur.. kawan2 leh gi kat blog resipi ummi.. S.i.L nur ni rajin mengekperimentasi masakan. terciptanya resipi ni hasil kreativi S.i.L after dia rasa Mee Gulung di restoran Tok Mek. terror kan? sekali rasa je dah leh buat sendiri kat umah. apapun kalo dah minat memasak tu apepun boleh dibuat kan walaupun bahan yg ada terhad.

ok, back to the story. restoran ni terletak kat area Tasik Timah Tasoh,Perlis. kira tak jauh dari chalet Timah Tasoh. kalo kawan2 nak ke padang besar, jgn lupa singgah kat restoren ni. mana la tau nak merasa special meal kat situ. tak pun, buat je kat umah. pada nur, penyediaan nak masak mee gulung ni tak renyah sgt. biasa2 je. konsep mee gulung ni ala2 nasi goreng pattaya. coz mee digulung dgn telur dadar sebelum dituang kuahnya.

ok, jom tgk resipi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* Mee kuning (kalo kawan2 nak buat mee sendiri pun boleh. tgk resipi buat mee kat blog
resipi
ummi.) Mee tersebut hendaklah digaul dgn kicap.
* Buat telur dadar...lepas tu gulung kan mee tu...

Kuah Mee Gulung
Bahan-bahannya:

* Bawang putih di ketuk (pecah-pecah kan je)
* cili merah di kisar (ikut tahap kepedasan..)
* daging dipotong2 kecil perap dgn kicap pekat dan sos tiram (gunakan daging batang pinang)
* sayur2 ( karot , sawi & tomato) potong ikut kesesuaian
* telur
* Perasa = sos tiram / kicap pekat / kicap manis / kicap cair / garam / gula / lada sulah
* sedikit tepung jagung + air untuk pekatkan kuah.



Caranya:

Tumis bawang putih , cili kisar bila dah naik bau masukkan daging..+ sedikit air empukkan dulu + segala sos tadi + air utk kuahnya agak la jgn cair sangat...yang penting balance garam , gula dan lada sulah...masukkan sayur-sayur dan telur, akhir sekali masukkan daun bawang. hiaslah mengikut kreativiti anda.


post mortem first trial buat mee gulung ni...
  • nur tak guna daging, sebaliknya ayam. tu bergantung sebenarnya. terpulang pd kawan2 nak buh ape. jgn campur ayam,daging,udang,sotong dah la. kang caca marba jadinya.. hikhik!
  • disebabkan nur tak mkn pedas, tak guna byk sgt cili. tapi bila rasa, mcm hilang kick lak. sbb tak pedas langsung. so kat situ nur tambah sos cili skit.
  • emm.. tu je la kot. apepun first trial ni dikira berjaya. coz di'approve' by mom and my sis. sukanyer.....

CuBa... jGn tAk cUbA.....
CuBa... jGn tAk cUbA.....
CuBa... jGn tAk cUbA.....



Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa