dan kpd readers ku sekalian.. doa ini utk anda juga.... tapi yg bujang trang tang tang je ye... =)
Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku tercipta buatku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagian antara kami Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah Seandainya telah engkau takdirkan Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah Yang Tercinta Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku Pasrahkanlah aku dengan takdirmu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini mahupun di akhirat Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh