02 February 2012

Stress

arini rasa stress lepas keluar dari kelas 6K...
aku hanya ajar mereka pendidikan seni. kelas ni adalah kelas terakhir bagi darjah 6. bila terakhir tu faham-faham sajalah karektor mereka. ingat lagi masa pertama kali masuk ke kelas pada minggu pertama persekolahan. memandangkan aku ni cikgu Melayu dan baru pula, terus dicabarnya aku. seorang pelajar yang agak samseng dan selalu menjadi sebutan guru-guru menendang-nendang meja di depan mata aku.

sabar jelah. teringat pesan seorang kawan yang sekarang cuti bersalin, "dulu pernah dia nak pukul perut yan.."
terkejut juga bila dengar tu. aku diamkan diri je bila pelajar itu buat macam tu.

pendidikan seni bagi mereka tidaklah penting. aku hanya menjalankan tanggungjawab untuk masuk ke kelas dan buat aktiviti seni dengan mereka. bila diberi tema untuk lukisan pada hari itu, pantas sahaja mereka siapkan. tak sampai 30 minit, dah siap! lukisan tu ala-ala kadar je la. umpama melepaskan batuk di tepi tangga.
lepas dah hantar tu... apa lagi. berpestalah dalam kelas.

aduh.. sangat bingit. nampak sangat 'classroom management' gagal! emm.. semenjak posting ke sekolah jenis kebangsaan ni, perkara yang mencabar diri ialah pengurusan kelas. sebelum ni, sangat terjaga dan tidak ada aksi-aksi sebegini berlaku. sejak dari praktikum masa university, semasa kerja di sekolah anak-anak ribena dan juga di ipoh dulu.






kadangkala aku buntu untuk menyelesaikan masalah ni. sudahlah motivasi diri kurang, ditambah situasi macam ni lagi la berkurangan.



0 kesan jari:

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa