30 July 2011

Sebuah Kisah Bukan Dongeng





malam ini..
tiba-tiba orang itu teringat kisah lama bila dengar lagu ini di tv3 petang tadi. lepas maghrib terus menyelak helaian-helaian kisah yang perit di dalam blog kesayangan ini. episod berdarah; itu kategori untuk kisah itu.

masa mengubat segalanya. belas ehsan Allah s.w.t pada hambaNya yang lemah tatkala itu membuatkan orang itu berdiri dengan yakin sekarang. melepasi tembok-tembok halangan dalam merawat hati dulu banyak memberi pengajaran. perit memang perit. pedih memang pedih. ada luka yang mana ia nya berdarah tapi tak dapat dilihat dengan mata kasar. betapa dulu orang itu rasa dia takkan berdiri seperti mana sekarang, takkan mengecap kebahagiaan seperti mana sekarang. minda takkan pernah melupakan apa yang pernah terjadi. ia seperti sebuah sejarah.

ya. sebuah sejarah yang takkan mungkin dilupakan walaupun tidak direkod di Arkib Negara mahupun di dalam mana-mana cetakan sejarah. itu pasti disimpan kemas. dengan pengajaran yang dulu pastinya kita akan cuba sedaya upaya mengelak dari ia berlaku lagi. lebih menghargai apa jua yang ada sekarang. oleh sebab itu, sebolehnya orang itu tidak mahu kisah yang dialaminya dilalui oleh insan-insan yang berada di sekelilingnya.

ada orang lain kata pada orang itu, "tak sia-sia kau derita dulu."... lantas disampuk kawan kepada orang itu, "itu dugaan. aku bangga kau bangkit dan berdiri teguh."

ada juga yang menyampaikan kata, "dia bahagia di sana. aku harap kau lebih bahagia. itu doa aku."


alhamdulillah...
Allah itu tidak zalim. Allah Maha Adil. biar apapun keadaannya, orang itu bahagia sekarang. biarlah apa yang terjadi kepada individu itu.. tidak mahu orang itu ambil peduli. cukuplah atas segalanya. biarlah Allah yang membalasnya kerana Dia Maha Mengetahui. lafaz maaf sudah dilisankan...

orang itu sedang mencorak bahagia dalam membina sebuah rumahtangga yang diidamkan bersama si dia tercinta. alhamdulillah, si dia menerima orang itu seadanya. harapnya ia akan berterusan hingga ke nafas yang terakhir. kisah baru ini bukanlah sebuah kisah dongeng. ia ada dan wujud. perlu dicari. kepada Dia, dimohon segala yang baik-baik dalam meneruskan perjalanan di dalam dunia nyata.

pada orang lain yang membaca kisah ini di luar sana, kebahagiaan itu ada. cari dan corakkan ia menjadi seperti yang anda idamkan. episod sedih dan dukalara tidak akan berpanjangan. ia ada penyudahnya jika kita mahu bangkit dan meletakkan diri kita di tempat yang kita mahu. kejarlah kebahagiaan dengan Allah s.w.t di sisi.



3 kesan jari:

Sirah@Cyrah said...

D, bila aku baca entri ko kali ni..benar2 mengimbau kembali kenangan lalu...dan kini aku dah bangkit...aku gembira engkau gembira bersama tersayang..benar tak sia-sia ko derita dulu...jd kita akan lebih menghargai nikmat hari ini...D, semoga kau dan aku akan menempuh bahagia selamanya... aminnn... ^^

si para para said...

bahagia tu adalah sekeping tikar..
kitalah yang menganyamnya...kitalah yang mencorakkannya...

selamat berpuasa...
lama tak datang sini
:)

Anonymous said...

Amin gak walau pun tatau cite...tapi pengalaman mendewasakan kite kan. setiap orang ada kenangan indah dan tak indah nye. hidup perlu diteruskan.

Selamat berpuasa ye moga baik baik ajer (^^,)

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa