05 July 2011

Add = Tambah, Reject = Tolak

salam selasa


lama tak update.
itu ayat klisye dalam blog ni.


nampak sangat kekurangan idea.


oklah.. semua orang ada FB kan?
kecuali kawan saya.. dia memang tak suka FB
saya dan kawan-kawan yang lain rasa dia pelik.
sangat pelik...


tapi bukan nak bercerita pasal dia
tapi pasal orang yang "add" kita
macam nur.. nur "accept" orang yang nur kenal saja.
kenal dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan blogger yang dah jumpa, sedara mara, jiran....
ada blogger yang tak jumpa.. tapi saya "add" ataupun diaorg "add" di FB
tapi tak semua bloggers.. yang mana nur rasa boleh utk "add"
kalau yang tak kenal tu tak kot.
demand giler kan?
sebabnya kita masih ada privacy.
tul tak?


tapi ada sesetengah individu ni suka je add orang
bila kita reject, mula la buat "account" FB lain.
tak cukup bila kita reject..
siap "add" kawan-kawan kita, sedara mara kita
apa kes beb?
nak ramaikan "friend list" ke?


ada juga yang ada account FB berlambak sebab nak main game..
hehe.. itu tujuan dia nak main game je.
sebab takde sape nak bagi dia gift game tu..


macam yang berlaku minggu lepas..
kawan serumah menjerit dari meja makan..

kawan A: sapa polan si polan ni? korang kenal tak?

saya: sapa? kawan universiti kot..

kawan A: taklah...

kawan B: meh aku tengok..

hasilnya ramai-ramai pegi tengok.

saya: aaa.. orang ni penah "add" saya aritu. tapi tak kenal. apsal dia add akak plak? akak kenal ke?

kawan A: mana kenal dek non.. Ah.. aku reject je la. mana kenal. privacy tetap privacy..



macam tu la ceritanya.
mungkin sesetengah orang ni FB untuk yang mengenali dia sahaja
mungkin bagi yang lain terima siapa pun yang "add" dia.
itu bergantung kepada individu itu sendiri
prinsip dan pegangan

maaf kalau ayat di atas menyinggung mana-mana pihak.
semua orang berhak bagi pendapat jadi ini pendapat saya.



5 kesan jari:

Anonymous said...

dulu: main accept jer
skang: tapis

huhuhu

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

jiejah gorjes:

yup.
itu yg sebaiknye kan..

Farah Awang said...

tgk mood gak nak menapis. huhu

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

nurfarahin zainal abidin:

hehe...
takpe...
kalo rajin kita tapis.
kalo tak, biar je la..

Anonymous said...

aku add kenalan blogger jer

yg add aku... accept then tanya kenal dr mana
tak jawab / bukan blogger --> unfriend balik. keke

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa