26 March 2011

Relaks sekejap tanpa kit-kat.

salam hujung minggu

saya masih di sini.. menghabiskan cuti hujung minggu. hari ni agak relaks banyak. bukan sikit ye..


dapat merehatkan diri adalah satu perkara yang sangat berharga buat diri saya. apa tak nya. dapat tido awal dan bangun lambat sikit dari biasa. selalunya tido akan lambat macam pukul 3.30 pagi. pastu bangun awal dalam pukul 6 pagi.

nikmat! syukur!

alhamdulillah observation semalam mendapat komen yang positif. rasa berbaloi dengan usaha. harapnya untuk evaluation terakhir nanti akan dapat komen yang begitu juga. peningkatan dalam scale markah sedikit sebanyak memberi impak.

kata setengah orang,
"aku tak kisah sangat soal markah.. yang penting dapat habiskan."

ya.. mungkin begitu. tapi pada saya adakalanya markah memberi peneguhan positif buat individu tersebut. saya tidak mengharapkan untuk mendapat cemerlang. tetapi saya cuba dan berusaha untuk buat yang terbaik. paling penting, ianya berdasarkan kemampuan diri. Allah Maha Mendengar dan Tahu apa yang kita lakukan.

esok kena ke sekolah. mesyuarat PIBG. selaku pencatat... entah apa yang akan saya catatkan esok...

nota pendek si merah jambu:
errr... kenapa SAYA digunakan di sini..??
formal giler... =)

3 kesan jari:

IMANSHAH said...

wah bagus tu, pencatat mesti dipilih dari kalangan mereka yang cekap

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

>> imanshah:

tak lah cikgu. saya gantikan tempat kawan ni.
patutnya di bahagian slide..

saya budak baru belajar cikgu.. =)

Leyha said...

hehehe . weekend untuk berehatkan minda dan badan setelah bertungkus lumus selama 5 hari berturut2. hehehe =D

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa