24 November 2010

Kalau la...

tak takut dengan kucing.. kan best!

kan???

masa blogwalking, baca entry cik tedi. bestnya kalo minat dan suka kucing kan? tapi nur ni. taktaula.. fobia dulu masih ada. tgk kucing depan mata, huh maunya menjerit, lari lintang pukang ataupun berdiri diam mcm kayu kat situ.

ada sorang classmate ni marah aritu. dia kata "udah2 ler tu. buka buku baru.."

ceh.. ko igt senang ke nak buang fobia2 ni.

buku baru??

dah mcm nur ni bercinta dgn kucing plak kan..

seingat nur masa nur kecik dulu, pantang jumpa kucing mesti terkam dan pegang. apatah lagi nampak anak kucing yg cumel2 tu. mesti merengak kat mak.. "mak..bawa balik boleh?" tapi mak geleng je..

aa..mesti pelik kan.. nape skrg takut kucing.. ada satu kejadian. kejadian ni la yg merubah segala kejadian..

jeng.jeng. jeng!

masa tu nur form 3. nak exam pmr jadi nur pegi amik kelas tuisyen yg tak jauh dari skolah. selalunya akan stayback. malas nak balik. maklumlah setengah jam naik bas ke rumah. jadi baik tak balik. cikgu tuisyen ni nama dia cikgu muhamad. dia memang terror. ajar senang faham dan senang nak ikut. dulu nur ni tak suka subjek geografi. tapi disebabkan cara dia mengajar tu la yg buatkan nur boleh score A masa pmr. ternganga cikgu kat skolah yg cabar tu. yelah..selama form 3 tak penah dpt A. asyik genggam D, takpun C. boleh dikatakan kami2 yg join tuisyen ni score A utk subjek tu.

tempat tuisyen tu bkn seperti tuition centre yg biasa kita tgk skrg. tapi diadakah di sebuah rumah. takde aircond. hanya kipas, whiteboard, kerusi dan meja. pelajar hanyalah 10 org. mudah nak belajar kan? sebab skit je orangnya. masa awal dulu ramai tapi disebabkan suasana tempatu ala-ala kampung kan, jadi ramai yg bertukar pusat tuisyen sebab katanya kat bandar tu lagi glamour. dapat kenal kawan dari sekolah lain. tapi kami yg 10 org ni tetap la di situ. setia dengan cikgu muhamad. kami la yg untung. sebab dapat perhatian lebih dari seorang cikgu yg best dan kreatif.

macam nur citer tadi.. kawasan tu kawasan kampung. rumah kampung la katakan. takde aircond, tingkap dan pintu dibuka sedia. jadi mudahla bagi binatang mahupun serangga kuar masuk.. tapi takde yg bisa2.. kucing biasala masuk kuar. kelas tu dah macam pasar raya lak pada deme2 tu..

nak dijadikan citer, pada satu hari tu. yg agak malang bagi diriku yg cumel masa tu..hikhik! ada seekor kucing ni berkeliaran je dalam kelas. cikgu muhamad dah angkat dan letak kat luar. tapi masuk lagi. tapi kami biarkan jela. sebab dah biasa kan mcm tu. tapi lain pulak.. dia masuk dan merayap-rayap bawah meja. usik kaki bebudak lelaki. dihalaunya dari situ. datang pula kat budak pompuan. haa.. time ni la bermula episod fobia kucin nih!

first dia merayap kat kaki kawan nur... then kawan nur kuis dia skit.. dia merayap lagi.. then masuk dlm kain kawan.. apa lagi.. menjerit la dia. kucing tu terkejut. dicakarnye kaki kawan. haa.. menjerit lagi. nur pun tumpang jerit sebab terkejut. pastu dia dapat memboloskan diri tapi masuk pula dalam kain nur.. haa.. dicakarnya lagi..huhu.. geli dgn sakit sebab terima cakaran kucing tu.. menjerit lagi kuat.. bergabung suara dgn kawan kat sebelah yg dah kesakitan tu..

cikgu muhamad terjerit OPOCOT MAK HANG! kuat sekali... riuh kelas.. budak2 lelaki apa lagi bangun nak tolong. ditolaknya kami berdua. konon nak tunjuk hero la.. berhempas pulas nak amik kucing yg dah lari tu. tapi cikgu muhamad juga hebat. ditangkapnya kucing tu dan bubuh dalam plastik. pastu sangkut kat tempat gantung jam..

meaow.. meaow.. meaow.. meaow..!

konon nak tarik simpati kami semua. tapi kami biar je.. dan aritu kelas abis awal. sebab dah cedera.. huhu! episod yg agak menyeramkan. sebab tu la nur takut dgn kucing sampai la sekarang. walaupun saya takut tapi saya tak dera kucing tau. pukul pun idak. nak pukul ape, nampak lalu depan mata pun dah lari lintang pukang.huhu!



9 kesan jari:

Sirah@Cyrah said...

baru tau kenapa nur selama ni takut bila jumpa dengan kucing...

.::zaza::. said...

kucing nmpk je comel, tapi ganas kan..

beautiful_rose said...

kucing comel.......






tak pe manalah tau satu hari nanti,tiba2 hati ko terbukak utk tak takut pd kucing lagi...

ber_u_wang said...

meow meow..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

>> sirah:
biaq betul ko tak tau beb? aku tak citer ek dulu.. hehe



>> zaza:
huhu..
tu la zaza..rasanya mau je pegang tp takut bila teringat kisah silam..



beautiful_rose:
aminn...
harap juga mcmtu.
sbb skrg rasa mcm tak normal je bila nmpk kucing..



>>ber_u_wang:
uish.. nak kena ni..haha!

piNky LuCiA said...

tak takut kucing.. tapi geli.. hahaha.. tak suka dia merayap kat kaki. huhu

NuR si CiKGu RiBeNa said...

>> pinky lucia:
leh jadi geng juga kita ni.. Hehe)

CIK IZ said...

hieww.. mcm same.. tp cik iz x suka kucing coz penah kehilangan kucing tercinta.. sob..sob.. terus xmo cari pengganti dia.. cm becinta gak kan? hihkhik

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
selamat bercuti

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa