30 August 2010

Mereka Yang Dirindu

petang semalam cuba cari masa utk menjenguk kanak2 ribena di sekolah. waktu nur sampai hanya separuh saja yg masih ada di perkarangan sekolah. yang lain dah balik. nak buat macam mana.. waktu kerja abis pukul 1.10pm. mereka pula pulang pada pukul 1.00pm. terpaksala buat begini....

sampai saja di sekolah. nur tengok beberapa kanak2 ribena perempuan yang termenung di atas tangga.. bila nur keluar saja dari kereta, meluru lari ke arah nur. ya Allah.. rasa rindu sangat dengan budak2 ni.. yang perempuan tu tak yah kata la. memeluk nur je. yang lelaki pula asyik bercerita itu dan ini. nak tau topik apa yang terhangat.. haa.. isu couple sesama classmate. haha. kelakar betul! kecik2 dah pandai...

ada sorang ni. namanya najmi. budaknya sederhana saja. tapi sering anggap diri sendiri jahat dan tak pandai. dia asyik complaint tentang cikgu baru yg gantikan nur. hinggakan ada statement yang keluar dari mulut dia.. "saya tak buat satu pun kerja sekolah. saya tak faham. biarla cikgu tu nak benci saya ke tak. dia masuk saya buat taktau saja." agak terkejut bila nur dengar macamtu. termasuklah kawan nur. nape dia jadi macam ni? tu yang berlegar di kepala nur dan kawan. dulu masa nur mengajar taklah jadi macam ni. homework tu dia buat juga.

sebenarnya kesian dengan kanak2 ni. mungkin dah biasa dengan nur memandangkan tahun sebelumnya pun dah mengajar diaorg. sebab tu tahun ni dah boleh kenal perangai tiap2 sorang tu. jadi nak tipu2 teacher diaorg ni. haaa alamatnya kenala bebel. mungkin juga mereka ni dah selesa dengan nur. jadi bila tukar cikgu baru, diaorg tak boleh lagi nak adapt dengan cara cikgu tu. nak buat macam mana kan.. atas desakan hidup dan masa depan yang lebih terjamin kita perlu berhijrah....

yang nur leh pesan kat diaorg hanya mcm ni je...
"belajar rajin2.. lain cikgu lain caranya... kena sabar la. kalau tak faham tanye la kawan2 yang faham."

sebelum balik.. sempat diaorg pesan
"nanti datang lagi tau. masa jamuan teacher mesti kena datang..! wajib!"

sangat2 terharu. lepas juga rindu ni pada diaorg.....



3 kesan jari:

GRuNGe said...

Hahaha, tengok tajuk entry, ingatkan ada nama bro masuk dalam mereka yang dirindui. :P Btw, selamat berpuasa dan menyambut hari raya yea Nur.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

Grunge:

haha..takpe2 nanti akan buh yg besar punye dlm satu entry psl bro...

bardboo said...

salam..dh lama sy x singgah sini kan kak? dan dh lama jgk x baca kisah kanak2 ribena ni..
susah gak kalo diorg xboleh adapt dgn cikgu br..nnt pelajaran byk yg ketinggalan

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa