25 April 2010

Speechless

masuk saja ke pintu kelas 5B

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to teacher
happy birthday to you

speechless. terharu. semua rasa ada. mereka tersenyum. masing2 gembira.P&P diteruskan seperti biasa. hinggalah waktu loceng berbunyi, meluru datang utk salam dan wish pada teacher diaorg ni. hadiah dikumpul dan dihantar ke bilik guru.

terus ke kelas 5C.. keadaan yg sama juga. mujurlah masa kanak2 ni nyanyi lagu tu, encik guru besar masih belum sampai. oh ya, arini merupakan hari pencerapan guru2. bila encik guru besar masuk je kelas, masing2 berlakon seolah tiada apa2. pandai tul kanak2 ribena ni berlakon.

kelas terakhir.. 5D. diaorg nyanyi beramai-ramai di dalam kelas. kena pulak hujan lebat, guruh berdentum. lagi kuat mereka ni nyanyi. lepas tu diserahkan kad ciptaan sendiri. love ada di sana sini. terasa sgt dihargai. walaupun selalu buat teacher diaorg ni naik angin tapi diaorg bersungguh buat kad.

lain pula pemahaman bagi kanak2 ribena 5E. berkumpul depan kelas masa waktu balik, pegang tangan dan mohon maaf. terus soalan diajukan "teacher nak pindah ke?"... "teacher jgn la pindah, sapa nak ajaq kami?"..... "sampai hati teacher.." dan.. "arini besday teacher ke teacher nak pindah? mana satu... tak paham la.."

sayang juga kamu pada teacher kamu ni ye...

timbul juga spekulasi di kalangan guru. kononnya nur akan berpindah....

hadiah teristimewa semestinya datang dari fruitdaughter kesayangan yg diletakkan atas meja di bilik guru.. walaupun hadiahnya hanya keropok, rasanya cu tak mau makan je.. hehe! terima kasih kepada ibu, kakak dan abg2 tersayang.. juga buat teman2 yg wish di FB, through sms di fon..

umurku bertambah satu angka

nota pendek si merah jambu:
tanda ingatan adalah perkara yg sangat bermakna...


4 kesan jari:

NuRKaSiH said...

Salam

Selamat Hari Lahir..
Smg Berbahagia slalu..

white rose said...

yeah...
daku blm bole join lagi...

hikhik...

hepi besday ye NUR...

Tulip said...

selamat hari lahir..

amat terharu jika murid2 ingat kan..

embun d tengah malam said...

selamat hari lahir ya..

semoga panjang umur dan murah rezeki

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa