26 January 2010

BiLa SaLaH

masa waktu rehat tahun 5, nur ke kelas kesayangan.. dah berjanji dgn kanak2 ribena utk balut meja mereka. sambil2 tu berbual la dgn diaorg ni. selalunya masuk mesti akan bebel. so arini nur amik masa ni utk kenal diaorg...

hazren: teacher.. tadi kan Ustaz I kata teacher tak pandai.

nur: (agak terkejut) nape?

azizah: ustaz kata teacher tak pandai bezakan huruf kecil dan besar. mcm yg teacher tulis kat jadual tugasan.

nur: oh... (baru teringat. nur tulis A huruf kecil dan huruf lain tu besar..)

ajwad: ustaz kata teacher mesti dulu gagal dlm pelajaran.

nur: (senyum)... teacher cuma nak buat tulisan tu mcm seni je. tak sangka pula mcm ni. takpelah. nanti teacher padam.

hazren: tak payah la teacher. tu pun dah elok. teacher kan byk keja nak buat.

nur igt nak buat seni tulisan. tapi tersalah platform. yela.. mereka ni kan kanak2 ribena... tapi sedikit terasa hati dgn ayat "gagal dlm pelajaran". sebelum balik ke bilik guru dari kelas kesayangan, ketua kelas datang jumpa nur.

syamim: teacher, ustaz S kata saya tak layak jadi ketua kelas.

nur: kenapa.. mesti ada sebab kan?

syamim: tadi saya bersembang.. dah diaorg tanya saya. jadi saya bagitau. masa tu ustaz S mengajar.

nur: oo.. patutla.. lain kali jgn buat mcm tu lagi. faham?

syamim: teruk ke saya ni?

nur: tak.. kamu kan diundi oleh kawan2 kamu. diaorg dah percayakan kamu. jadi kamu kena tunjuk contoh yg baik. boleh?

syamim: boleh.


11 kesan jari:

.siv. said...

aaaaa.
cam over sgt kot ayat gagal tu.
hishh

ber_uwang said...

berjaya dalam pelajaran bukan bermakna pandai.. kalau tak tahu menjaga maruah orang... bukan tak boleh komen tapi kena guna cara yang betul.. bukan memburukkan depan murid.. baru lah pandai

NuR said...

[.: .siv. :.]

huhu..
over under sumer ada..



[.: ber_uwang :.]

laptop dah ok ke bro?

mamai said...

kadangkala niat kita selalu di salah erti....nur next time kalau nak berseni kena tenggok tempat hahahaah

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

wow pedasnya kata2 si ustad tuh huhuh

NuR said...

[.: mamai :.]
tu ah pasal..
tersilap langkah..



[.: notso violet:seindah bunga seri pagi :.]
rai..
huhu..selalu dgr je dr org lain ckp psl dia..
ni kena sendiri.. hukhuk!

Wanita Itu said...

leh lak ustaz ckp gitu ??

salam kenal nur :)

NuR said...

[.: wanita itu :.]

salam kenal..
terima kasih singgah sini..

ustaz pun manusia juga kan?
huhu...

hans said...

hahahhaa
macam2 kes kan
sabar jer lah

kawie2020 said...

itulah cabaran seorang guru...

kita kenalah terbuka dan menerima dengan positif kan...

Niat ustaz S tu baik tapi cara teguran tidak secara berhikmah...

deen said...

Tidak ada manusia lain yang boleh memandang rendah kepada keupayaan anda tanpa kebenaran anda.

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa