27 November 2009

BUKAN AKU...


merangkak bangun bertatih ku berjalan
menyorot sebuah perjalanan
episod kehidupan berterusan
di atas muka bumi Tuhan

seakan semangat juga sinar baru
mengerlip datang menghampiriku
sebuah cereka mengundang bahagia
membuai hati membuang duka

bintang bersinar memancar kilaunya
biar jauh tetap terlihat di mata
lilin di mata hilang sinarnya
dek panahan cahaya di sana

rasa itu terhenti
di satu lorong mati
suasana kelam dan sunyi
hanya aku yg masih berdiri

kenapa aku?
mengapa aku?
sedangkan ia berlaku
sepantas kilat sepantas waktu

biar cahaya membakar diri
biar budi menyentak hati
aku tahu di sebalik erti
bukan aku yg kau cari


tercatat pada 27 november 2009
pada jam 1:28 pm



nota pendek si merah jambu:
berdiri di sini
dan
berhenti...

5 kesan jari:

ustazah dyLLa said...

salam aidil adha kaknur...hikhik...

ulasan sajak ni...
nape kta dipilih??? mesti ade sbb...mesti ade sesuatu yg tertarik ngn diri kta, cuma kta je xtau...

anaklaut said...

salam...


sedihnya..

Hisham said...

nur kasih...tlg xplen kn..

ber_uwang said...

hanya jauhari mengenali manikam.
andai hari ini tak di pilih mungkin esok terus di ambil.. usah risau

mamai said...

mungkin juga kita yang dicari aau mencari

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa