18 May 2009

CIKGU SERBA SERBI... ??

minggu yg agak lapang bagi guru2. yelah, peperiksaan penggal dah pun bermula. segala ringkasan mengajar tak payah buat. just lekat timetable peperiksaan. beshnyer hidup....

yg tak beshnyer bila hari yg ada paper kita.. mcm nur, arini ada paper mathematics year 3. emm.. cikgunya yg lebih nervous dari kanak2 ribena ni. yg merisaukan nur ialah kelas yg hujung tu. sempat pegi tgk tadi. kebetulan tak bertugas utk jaga exam.. tahla. cian kat kanak2 ribena yg tak leh baca tu. walaupun dibimbing oleh guru yg bertugas tapi masih terkial-kial.. mcm mana masa depan kanak2 ni nanti.

em.. majoriti kanak2 ribena kelas hujung ni tak sempat jawab... huhu... adehla..mcm mana nak buat ni.


jaga exam utk subjek khat. mcm seronok lak tgk kanak2 ribena tahun 6A ni buat. cantik lak tu tulis. nak je belajar dgn diaorg.. tapi bila ditanye tentang soalan khat tu... mula la nur nervous..

pelajar: cikgu, ni kena salin balik ke?

nur: a'ah.. arahan dia kata salin balik di sini dan pisahkan huruf2 tu..

pelajar: oo..pastu kena tulis dlm khat nasakh ke khat qiraat..? (tolong perbetulkan jika salah taip ejaan khat qiraat tu)

alamak......... biasa dgr khat nasakh je.. tu pun baca dlm blog akudankhat.

nur: emm... nanti cikgu tanye cikgu kat kelas sebelah..

pelajar: aik.. cikgu tak tau ke? berkerut muka dia pandang nur..

nur: aish...cikgu bukan tak tau tapi tak sempat nak belajar. ni pun igt nak belajar dgn kamu..

pelajar: ish.. cikgu ni lawak la..

nur: cikgu garang ok.. boleh lak buat tak takut dgn cikgu.

pelajar: sy tgk biasa je..

nur: balik nanti tanye adik kamu mcm mana cikgu dlm kelas..

pelajar: sy tau.. cikgu suka katok pembaris kat meja. tu yg melengkung. adik sy ckp la, cikgu ni kan cikgu serba serbi.

SERBA serbi???


* katok = pukul *


2 kesan jari:

Bro_mie said...

Salam...baru 1st time nak mgomen kat sini....sbelum ni silent reader je hihik.....khat qiraat tu khat thuluth kot? sebab qiraat biasanya ditulis ngan khat thuluth.....rasenyer la...

NuR said...

.: bro_mie :.
oh ye ke.. terima kasih. pasni jgn jadi silent reader lagi ye.. :)
oic.. tak tau lak nur. dok igt qiraat dlm tarannum tu.. rupanya ada lagi yg sebutan sama..

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa