02 February 2009

BULI

sejak meeting hari sabtu lepas, nur makin sibuk. sekrg dah diserap ke kelab dan persatuan. then jadi ajk pusat sumber, ajk buku teks. tak masuk lagi rumah sukan. adeh la.. nampaknya doa nur utk sibuk sekali lagi dimakbulkan Allah. Alhamdulillah! walaupun penat dan masa amat terhad, nur selesa. pelik kan?

dlm entry yg lepas, pernah nur citer yg nur amuk dlm satu kelas ni. arini jadi lagi. tahla makin melampau budak2 ni. kelas lain yg nur ajar, tak pula besar kepala malah takut bila nur mula merenung diaorg. tu tandanya nur marah! nak dijadikan citer, kelas ni bersebelahan dgn bilik buku teks atau lebih dikenali sbg depot. kak syada ada dlm bilik tu. kak syada ni guru disiplin. mungkin dia terdengar suara nur menjerit kuat, dia terus datang ke kelas. kebetulan nur tgh denda sorang budak ni. kita dok ngajar kat depan boleh pulak buat adegan dlm iklan fair n lovely tu (yg anne ngasri buat semakin hari semakin sayang tu.)

guess what, dia tolong nur marahkan budak ni. kanak2 ribena ni terus diamkan diri. termasuk la yg lain. lagi budak ni menangis lagi dia marah dan pukul. cian pula nur tgk tapi diamkan diri je. nak bagi pengajaran pada kanak2 ribena ni. bukan sesaje nak hukum. takde cikgu yg saje2 nak marah. sebenarnya penat tau bila marah ni. boleh ilang mood nak ngajar.

masa nur jumpa kak syada dlm staffroom, kak syada kata "kelas ni memang ada masalah skit berbanding kelas lain. diaorg nak buli guru baru sebenarnya. jgn takut dlm bagi hukuman pada budak2 ni. yg salah kita kena tegur. tu tugas kita. kak syada dulu mcm nur juga. takpe,lama2 nanti nur akan dpt pengalaman tu."

buli??? :(

2 kesan jari:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

budak ribena buli akak?
cisss...
sabotaj aje bekalan ribena dorg..
ehehehe..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hikhik..kot diaorg sabotaj akak lak.. budak2 skrg cerdik + nakal tul!

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa