06 January 2009

BLACKBOARD VS GREENBOARD

dulu masa practicum, kelas yg ada 2 masa rasa lama sgt. skrg ni.. 2 masa pun rasa tak cukup. mungkin peringkat umur yg berbeza membuatkan cara pendekatan tu lain. berinteraksi dgn kanak2 ribena ni buatkan nur kena lebih sabar. aktif tak terkata. kekadang stress jadinya. patutla tgk cikgu2 lama bawa rotan terutamanya kalau mengajar kelas hujung2 tu.


skrg nur kena belajar utk memuji...

"kelas ni semua cantik2... semua hensem2... kalau budak cantik/hensem, dia akan dgr ckp teacher... kena pandang depan.. tumpu perhatian masa teacher mengajar. betul tak??"

reaksi yg jelas dari kanak2 ribena ni. dari dok sembang2 terus pandang ke depan dan senyap.. haha! menjadi juga taktik arini..


lagi lucu bila,
"please look at the number on the blackboard. can you identify which is thousand, hundred and tens? "

ada seorang dari kanak2 ribena ni tanye,

"teacher, blackboard tu papan hitam. tapi tu papan hijau. kalau hijau, kita panggil green. jadi greenboard la teacher."

aduh,bijak sungguh!

"ok, sape ajar kamu English?" ada sorang lagi kanak2 ribena angkat tangan.

"ada cikgu baru. kami tak tau nama dia. tapi kami panggil dia SIR DEBAB sbb badan dia besar."

nur di depan rasa nak tergelak tapi terpaksa buat muka selamba di depan kanak2 ribena ni..

"kalau mcm tu, nanti kamu tanya SIR kenapa kita panggil blackboard bukannya greenboard. boleh ke?"

"boleh, teacher!"

1 kesan jari:

Sirah said...

what a brilliant students you have...

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa