18 December 2008

SELAMAT TINGGAL

nur harus ucapkan selamat tinggal pada peristiwa sedih tu.


biarpun hati nur sakit,pedih,tersiksa dan menderita, nur harus lupakan dan mulakan hidup baru. siapalah nur nak melawan takdirNya. siapalah diri nur nak menghalang dia. nur igt dia yg terbaik utk diri nur. dlm kebahagiaan rupanya dia akan berkahwin dgn org lain. nur hanya tahu 2 minggu sblm hari perkahwinannya. sedangkan hari sebelumnya kami berbincang soal hantaran dan rancangan utk kawin pada tahun depan. nur tertanye-tanye sape diri nur sebenarnya. nak salahkan dia, tak tau la boleh ke tak. nur hanya dgr dari sebelah pihak je. iaitu dia. nur tak dgr dari pihak keluarga dia. sekuat mana cinta nur pada dia, tetap tak boleh tandingi keluarga dia. siapalah nur nak merebut dia dari keluarga dia sendiri. takkan nur nak berkeras dan putuskan ikatan silaturrahim antara dia dan keluarga dia. nur tak sejahat tu. sebab nur sendiri sayangkan keluarga nur. nur hanya mampu pasrah dan merelakan semua ni. nur tak berdaya.


biarla nur tanggung semuanya asalkan dia bahagia di hari persandingannya yg tak lama je lagi. moga apa yg dia pilih ni terbaik utk diri dia dan keluarganya. cukuplah kenangan yg dulu. nur akui nur agak tertekan bila dengar citer org nak kawin, tgk org yg keje mcm dia pun nur tak boleh apatah lagi nur tahu dia akan bersanding bila. hanya Allah yg tahu mcm mana perasaan nur ketika ni. tiap hari nur menangis.


tak terjangkau fikiran nur apa yg Allah rancangkan utk diri nur. apapun nur bersyukur jadi insan pilihan Allah utk merasai ujian yg kuat ni. moga ada sinar baru yg menanti diri nur di awal muharam nanti. nur harus teruskan kehidupan ni ...

0 kesan jari:

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa