13 February 2009

BINGKISAN DOA

DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku...
Tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi
Dan seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini.

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah..
Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar ku bisa bahagia
walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah Ya Tuhanku
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yang terbaik buat ku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang mejadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat
Jauhkan aku dari kemaksiatan dan kemungkaran
bimbinglah aku ke jalan Mu

Ya Allah
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakan padaku keturunan yang soleh..

Amin... Ya Rabbal A'lamin


buat teman-teman...
renungkanlah bingkisan ini.
moga lebih kuat dalam mengharungi kehidupan yg mendatang.
andainya engkau bersedih, luahkanlah segalanya. agar hatimu akan lebih tenang.

1 kesan jari:

Sirah@Cyrah said...

thanks dayah...terima kasih atas doa ini...aku copy n paste kat aku blh x?? thanks fro being my friend

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa