16 January 2009

CUTiiiiii.......

alhamdulillah nur suka keje skrg ni. this is my passion! dan keje ni juga la dpt buat nur lupa apa yg telah jadi. but the thing is, nur akan igt apa yg jadi kat nur dan dia jika hari cuti. mcm arini! rasa emo je. dah la cuti 3 hari. nak nangis tapi airmata tak kuar. huhu agaknya dah byk sgt kot menangis aritu ataupun airmata tak dpt nak bantu meringankan apa yg nur tanggung skrg. pastu bila tgk tv byk lak citer psl cintan cintun ni. lagi la buat nur lemas. emosi nur skrg mcm roller coaster. kejap ok kejap tak. tu time cuti la. if time keje, nur happy walaupun stress dgn kanak2 ribena tu. melayan kerenah diaorg buatkan nur terhibur..

nak dgr citer...

ni kelas ptg semlm. dua masa sblm waktu balik. nur perasan dari hari sebelumnya yg sorang kanak2 ribena lelaki dok main2 dgn tali pinggang dia. nur buat tak tahu je. tapi semlm dia main lagi. bila nur minta dia tak bagi.

pastu bila tanye "apa alasan awak?"
dia mula tunjukkan muka mcm nak nangis. nmpk la matanya berkaca. so nur malas nak teruskan adegan soal siasat dan teruskan pembelajaran.

tetiba ada suara menjerit dari blkg... "teacher..lokman nangis!!"
pantas nur berjalan ke belakang. kanak2 ribena yg bernama lokman ni menekup mukanya dengan tangan. bila nur panggil dia diam je. selalunya dia la hero. rupanya lengan lokman terkena tali pinggang asrul. jadi nur terpaksa menyoal siasat asrul semula. dia terus diam dan berdiri tegak. macam tau2 je nur nak marah dia. kawan2 yg lain menunjukkan rasa simpati. si naufal, rakan sehero lokman mula pujuk lokman. nur tgk lengan lokman. mana la tau kot ada kesan kena tali pinggang tu. mujurla takde apa. kalo tak, naya nur dibuatnya. naufal mula la sibuk tgk. lagaknya mengalahkan nur. tapi ada sesuatu yg lucu di situ...

naufal: meh aku tgk lengan..
lokman: tgk la..
naufal: (naufal menyelak lengan baju lokman) takde apapun. alah.. kulit lokman kan tebal. mana leh ada kesan tali pinggang. teacher nak tau kenapa,sebab lokman kan besar, gemuk. org gemuk takkan cepat luka..
nur hanya anggukkan kepala. terasa nak saje dihamburkan ketawa ni, tapi nur pendamkan. walaupun terasa seperti naufal mengejek lokman dengan perkataan gemuk tapi terselit motivasi pada lokman. nur faham maksud naufal tu.. naufal tak mahu lokman menangis sebab lokman kan hero kelas. malu la kan kalau hero kelas meraung....

1 kesan jari:

Sirah@Cyrah said...

comel n bijak student2 ko...

Hak Milik KeKaL NuR si CiKGu RiBeNa